Animasi SuperSquad The Movie yang dihasilkan oleh Netcarbon Sdn Bhd
ini akan menjadi animasi 3D pertama negara yang dihasilkan mengunakan
teknik ''Hybrid Motion-Capture" yang telah digunakan dalam filem Avatar
dan juga Adventures of Tin-Tin. Ia dijangka akan ditayangkan di pawagam
seluruh negara bermula daripada Disember 2013 kelak. dan disusuli dengan
tayangan antarabangsa melebihi 20 buah negara.
Supersquad The Movie adalah
berdasarkan siri animasi supertots yang memenangi anugerah animasi 3D
terbaik di Anugerah NEF-AWANI pada tahun lepas.
" Filem supersquad
mengisahkan 3 orang adiwira, Kapten Danny, Elly dan Alan yang terpaksa
merentasi masa ke zaman kini untuk menyelamatkan bumi dan ayah mereka
Aaron, Apabila bumi diserang oleh makluk asing. Pengembaraan mereka
menjadi kelam kabut apabila kapal mereka terhempas dan supersquad
terpaksa berteduh disebuah kampung serta menyamar menjadi kumpulan rock
kapak agar tidak dikejar oleh orang kampung. Untuk melengkapkan
Supersquad, watak sasha dan Bling mengkalutkan lagi pengembaraan mereka.
Pelakon-pelakon
terkenal seperti Dafi, Diana Danielle, Radhi Khalid, Na’a Murad, Elza
Irdawaty, Megat Shahrizal, Maya Arisa Tan dan Marina Aris Tan akan
menerajui watak utama Supersquad The Movie.
Kamus Dewan merupakan salah satu rujukan utama untuk pelbagai
perkataan berbahasa Malaysia yang digunakan pengguna. Terkini, ia
dilihat DBP bakal menambah tiga perkataan popular di era Internet ini ke
dalam Kamus Dewan, iaitu “Selfie”, “Hashtag”, dan juga “Tweet”.
Ia dikatakan kemasukkan perkataan ini akan berdasarkan kepada ilmu
leksikografi ataupun perkamusan memasukkan kosa kata yang digunakan
secara meluas oleh para pengguna. Perkataan ini bakal menggunakan tanda “bp“, yang mana merupakan label kepada “bahasa percakapan” yang belum diterima sebagai “bahasa standard”.
Untuk makluman, “selfie” sebelum ini telah menjadi salah satu
perkataan popular pada tahun 2013, yang mana merujuk kepada rakaman
gambar diri-sendiri untuk dimuat-naik ke laman sosial. Sementara
“Hashtag” pula memfokuskan kepada penggunaan simbol #, dan popular di
laman sosial untuk memudahkan pencarian sesuatu topik dengan mudah.
“Tweet” pula seperti semua sedia maklum, merujuk kepada penghantaran teks pada laman sosial Twitter.
Kes kemalangan melibatkan pejalan kaki yang menggunakan peranti belum pernah kami dengar di Malaysia.
Tetapi, kemalangan sehingga melibatkan kematian akibat menggunakan peranti ketika memandu sudah kerap kali dilaporkan.
Justeru, satu undang-undang baru di Taiwan mungkin akan digubal bagi
membenarkan pihak berkuasa menyaman pejalan kaki yang melintas jalan
sambil menggunakan telefon pintar mereka.
Undang-undang yang pastinya akan mendatangkan kontroversi ini
terpaksa digubal bagi menyedarkan orang ramai tentang bahaya melintas
jalan sambil menggunakan peranti.
Kes kemalangan akibat amalan ini semakin meningkat di Taiwan. Terbaru, seorang pejalan kaki maut digilis teksi kerana terlalu khusyuk menggunakan peranti milik beliau.Pihak berkuasa kini sedang memperhalusi undang-undang ini bagi
menetapkan syarat-syarat yang membolehkan pejalan kaki boleh disaman.
Namun, agak melucukan kerana nilai saman yang disarankan adalah NT
300 iaitu sekitar RM 34. Nilai denda yang dikenakan ini nyata terlalu
rendah.
Di Malaysia, masalah pejalan kaki menggunakan peranti ketika melintas masih belum mencapai masalah kronik.
Adakah undang-undang serupa boleh digunapakai di negara ini sebelum kejadian maut menimpa?
Bak kata orang tua, lebih baik mengadah sebelum terhantuk.
Sumber : http://mynewshub.my/main/2014/05/14/taiwan-bakal-menyaman-pejalan-kaki-yang-menggunakan-peranti/
Sebuah syarikat berpangkalan di San Diego, California, Tiny Tango,
telah berjaya mengeluarkan sebuah komputer PC bersaiz telefon pintar,
namun tetap berkuasa seperti komputer bersaiz penuh. Tango terdiri
daripada dua bahagian atau komponen iaitu PC dan stesen dok.
Bahagian pertama ialah PC tersebut yang bersaiz telefon pintar. Ia
menempatkan CPU+GPU, papan induk, bateri, RAM dan SSD. Bahagian kedua
ialah stesen dok yang menempatkan sumber kuasa, unit penyejuk dan
port-port seperti USB, HDMI dan lain-lain.
Cara penggunaannya ialah, pengguna boleh membeli seberapa banyak
stesen dok yang diperlukan. Mungkin 1 untuk penggunaan peribadi, satu
diletakkan berhampiran TV di ruang tamu dan satu lagi diletakkan di
pejabat. Untuk menggunakannya, bahagian PC disambungkan kepada bahagian
dok yang disambungkan kepada monitor/TV, keyboard dan mouse. Apabila
disambungkan pengguna boleh menggunakan PC itu seperti biasa dan apabila
pengguna perlu bergerak ke tempat lain, dia hanya perlu mencabut
bahagian PC, tanpa mematikannya, dan dibawa ke tempat yang ingin dituju,
contohnya ke pejabat.
Apabila dia sampai ke pejabat dia hanya perlu menyambungkan bahagian
PC tersebut ke stesen dok di pejabat dan serta merta dia boleh
menggunakan PC tersebut sebagaimana dia tinggalkan semasa di rumah tadi
Sumber : http://techkini.com/komputer/tango-super-pc/