Monday, September 28, 2015

Sejarah Microsoft Office 1.0 - 2013



Microsoft Office 2016



Microsoft Office 2016  adalah versi daripada suite produktiviti Microsoft Office, menggantikan kedua-dua Office 2013 dan Office untuk Mac 2011.

Versi berlesen OS X dan Windows telah dikeluarkan pada 22 September 2015.







ITU 150 Historical Video


Najib terima anugerah daripada ITU

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima anugerah berprestij "Anugerah ICT dalam Pembangunan Mapan" atas usahanya memperkembangkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi pembangunan lestari. 

Anugerah itu disampaikan pada jamuan malam gala sempena ulang tahun ke-150 Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) yang diadakan di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.

 Najib adalah salah seorang penerima anugerah itu yang disampaikan oleh Setiausaha Agung ITU, Haolin Zhao.

Turut menerima anugerah sama ialah Perdana Menteri Bahrain, Bangladesh, Fiji, Thailand, Presiden Gabon, Kenya, Vanuatu dan Rwanda.


Dalam ucapan penerimaannya, Perdana Menteri berkata anugerah berprestij itu mengiktiraf usaha berterusan Malaysia memperkembangkan ICT untuk pembangunan mapan dan bangga kerana usaha itu dihargai masyarakat antarabangsa.


 "Ketika mengejar ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, Malaysia juga mengalakkan perluasaan penggunaan teknologi ICT untuk faedah sosioekonomi di kalangan masyarakat sasar di Malaysia. "Usaha juga dibuat untuk melengkapkan pelajar sekolah dengan kemahiran digital lanjutan dan pemikiran berasaskan komputer, yang sudah menjadi prasyarat memperoleh kerja bergaji tinggi terutama di kalangan tenaga pekerja generasi muda," katanya.

Wednesday, September 16, 2015

Netsupport School for Chromebook




FIX Ganti RAM Lenovo R60


Lembaga Pengujian Perisian Malaysia (MSTB)

Lembaga Pengujian Perisian Malaysia (MSTB) adalah sebuah badan nasional yang mewakili industri kepentingan mempromosikan Jaminan Kualiti Perisian dan ujian perisian sebagai teras kecekapan dalam pembangunan produk dan perkhidmatan bersandarkan IT yang berkualiti.

MSTB juga menawarkan kepada Ahli Profesional Bertauliah dalam Kejuruteraan Keperluan melalui kerjasamanya dengan Lembaga Kejuruteraan Keperluan Antarabangsa yang menyediakan sukatan pelajaran teras dan garis panduan bagi akreditasi dan peperiksaan dalam kejuruteraan. MSTB juga merupakan ahli Pakatan Pengujian Perisian Asia, iaitu satu pakatan serantau yang terdiri daripada negara-negara anggota ISTQB. Ibu pejabat serantau bagi pakatan ini berpengkalan di Malaysia, dan MSTB berfungsi sebagai sekretariatnya.

Antara usaha-usaha MSTB adalah memperkenalkan Program Hab Pengujian Perisian Malaysia, yang merupakan unit kerjasama strategik awam dan swasta dengan Kerajaan Malaysia. Tujuan usaha ini dilaksanakan adalah sebagai “perintis” eko-sistem yang menunjukkan kepentingan pihak terlibat dan memastikan model mampan untuk menyokong MSTB pada masa hadapan.

Sub-Program Hab Pengujian Perisian MalaysiaIMG_7889
  • Program Q-Keupayaan adalah program di mana MSTB membina keupayaan penguji perisian dan keperluan jurutera

  • Program Q-Makmal merupakan makmal serba canggih yang pertama di negara ini yang terbuka kepada semua industri dengan objektif untuk menggalakkan dan memudahkan penggunaan teknologi ujian / latihan-latihan dan alat-alat berkaitan yang digunakan dalam menghasilkan produk yang berkualiti.

  • Program Q-Industri mempunyai objektif dalam menyebarkan kesedaran tentang kepentingan Jaminan Kualiti Perisian

  • Program Q-Portal pula merupakan portal yang bertindak sebagai platform komunikasi di mana maklumat, peluang pekerjaan dan perkhidmatan ujian, disiarkan kepada masyarakat umum dan komuniti penguji.



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Malaysia Software Testing Board (MSTB)
Lot G-2, Jalan Kenari 12B
Bandar Puchong Jaya
47100 Puchong, Selangor
Malaysia
Tel: +603 8076 3579
Fax: +603 8075 0334
Website: www.mstb.org
Email: shook@mstb.org arazak@mstb.org
Contact: Mr. A. ShukorRahman/ Mr. Abdul Razak Abdul Jalil

Super Mario menyambut ulang tahunnya ke-30


TOKYO – Bagi para peminat Nintendo mungkin sudah maklum bahawa Super Mariomenyambut ulang tahunnya ke-30 pada 13 September lalu dan ia merupakan salah satu watak paling terkenal dalam sejarah permainan video.
Ramai kalangan kita khasnya generasi berusia 30-an hari ini mengenali watak Super Mario, lelaki bermisai lebat dan bertopi merah itu melalui sistem hiburan Nintendo pada pertengahan 1980-an hingga lewat 1990-an lalu.
Ada pula yang mungkin ingat kemunculannya melalui permainan video, Donkey Kong. Sekadar makluman, Mario dicipta Shigeru Miyamoto dan mula secara rasmi diperkenalkan di pasaran antarabangsa pada 13 September 1985.
Pereka terkenal berasal dari Kyoto, Jepun dan berusia 62 tahun itu menyertai syarikat Nintendo sejak 1977, malah beliau lebih gemar memetik gitar daripada mainan video serta tidak galak dua anaknya untuk mengikut jejaknya.
ZWiiU_NewMarioU_1_illu01_E3
Bercerita mengenai Mario, ia bukan sahaja dapat bertahan lama merentasi tiga dekad, tetapi juga menyesuaikan diri bersama-sama dengan munculnya pelbagai platform canggih dan aplikasi baharu sistem multimedia moden.
Selama 30 tahun, sebanyak 310 juta unit permainan ini berjaya dijual di seluruh dunia termasuk episod The Legend of Zeida, Star Fox, F-Zero, Pikmin dan Wii selain dianggap siri permainan video terlaris dalam sejarah.
Asal watak fiksyen Mario dicipta oleh Miyamoto pada 1981 merujuk kepada kisah aktiviti harian seorang lelaki berbangsa Itali yang tinggal di New York dan bekerja sebagai tukang paip dengan ‘senjata’ utamanya ialah tukul.


Tuesday, September 15, 2015

Cyberlink PowerDirector 13








Android Stagefright


Fortinet has warned Malaysian users that a critical vulnerability found in the Android operating system, Stagefright, could allow hackers to gain access to mobile devices with a single multimedia message (MMS).

In a statement, Fortinet said Stagefright is described as one of the worst ever Android vulnerabilities discovered to date.

"It allows phone hacking just by receiving a malicious MMS.

"What's most alarming is that the victim does not even need to open the message or watch the video to activate it and can attack any Android smartphone, tablet, or other devices running Android 2.2 or higher," said Fortinet's FortiGuard Labs Security Researcher, Ruchna Nigam.

She said this puts 95 per cent of Android devices at risk of being hijacked and the vulnerability is considered particularly serious, since it can be exploited without any user interaction.

"All an attacker needs is the victim's phone number to get the Stagefright exploit to work," added Nigam.
Alarmingly, she said this vulnerability also affects Mozilla Firefox, which makes use of the same library on all platforms, except Linux. It has been patched in Firefox version 38 and users are advised to upgrade their browser.









HDD Caddy


HDD Caddy

  • HDD Caddy menggantikan pemacu optik dan membolehkan anda untuk menambah cakera keras dalaman kedua untuk komputer riba anda. 

  • HTDD Caddy juga satu penyelesaian yang bagus jika anda mahu menggunakan pemacu SSD dalam komputer riba anda tetapi masih mahu menikmati fleksibiliti mempunyai kapasiti simpanan yang besar.





Fix OneDrive sync problems with Windows 10, Windows 7, or Windows Vista



Wednesday, September 9, 2015

DDR4


DDR4 SDRAM, singkatan untuk Double Data Rate generasi keempat syinchron dynamic random access memory. DDR 4 dikenal sebagai penerus DDR3L (Low voltage). Ada perbezaan jumlah pin antara DDR3L dan DDR 4. DDR3L hanya mempunyai pin 204P, sedangkan DDR4 mempunyai 288P. 

Dari segi kuasa,  DDR4 lebih jimat, hanya memerlukan tenaga 1.2v, sedangkan DDR3L 1.3V dan DDR3 1.5v. 

DDR 4 beroperasi pada frekuensi bus 1600 and 3200 MHz. Dengan frekuensi bus yang tinggi akan dapat mengimbangi dan membantu kinerja prosesor. 


Apa itu DDR, DDR2, DDR3, DDR4?


DDR, DDR2, DDR3, DDR4 adalah bagaimanakah jenis-jenis memori RAM. Membeli perkakasan komputer pada kebanyakan masa adalah mudah terutama bagi anda yang peka dengan perkembangan teknologi ICT semasa di pasaran. Mencari dan memahami  istilah-istilah teknologi merupakan sebahagian dari norma hidup pencinta IT. Oleh itu, bagi anda yang gemarkan menelusuri perkakasan dan gajet di pasaran, terma akronim yang digunapakai bersama-sama RAM, DDR, DDR2 dan DDR3 bukanlah sesuatu yang asing lagi.

Pada masa ini, DDR3 adalah jenis RAM yang paling mudah diketemukan di pasaran sejak kemunculannya menggantikan DDR dan DDR2. Oleh itu, bagi yang menggunakan slot DIMM terdahulu akan mengalami kesukaran untuk memperoleh DDR dan DDR2.


Sejarah Ingatan Capaian Rawak (Random Access Memory, RAM)
Untuk memahaminya, anda perlu mengetahui sejarah berkenaan RAM (Random Access Memory) atau Ingatan Capaian Rawak bagi sistem komputer. Pada awal dekad 1990-an, SDRAM atau synchronous dynamic random access memory telah dibangunkan untuk mengatasi permasalahan komputer yang dialami seiring dengan perkembangan teknologi pemprosesan.

Sebelum ini, sistem komputer bergantung kepada DRAM yang antaramukanya tidak disegerakkan (asynchronous), di mana ianya beroperasi secara bebas tanpa perlu menunggu arahan dari pemprosesan. Ini menimbulkan masalah apabila ia tidak dapat memenuhi kesemua permintaan dari pemprosesan kerana tiada penyegerakkan antara kedua-dua perkakasan ini.

SDRAM
Maka, SDRAM berperanan dalam proses ini melalui penyelarasan dengan menyegerakkan respon memori ke input kawalan melalui sistem BUS. Ini membolehkan tiap-tiap data diproses satu-persatu menurut turutan. Melalui cara ini, komputer dapat melakukan tugasan dengan lebih pantas berbanding sebelumnya dan ia menjadi tanda piawai kepantasan sistem komputer untuk melakukan tugasan pada awal 1990-an.

Tidak lama kemudian, sistem komputer berkembang dengan pesat hingga para pengguna, terutama dikalangan para pembangun sistem merasakan SDRAM ini mempunyai keterbatasannya dari segi kepantasan. SDRAM pada asalnya beroperasi dengan kadar data tunggal (single data rate, SDR). Atas sebab itu, ia hanya mampu menerima satu arahan sahaja pada setiap kitaran klok (clock cycle) walaupun ianya lebih maju dari DRAM. Ketika teknologi sistem komputer berkembang pantas dan menjadi semakin kompleks, masalah pada SDRAM mula menimbulkan kesan terhadap prestasi sistem komputer secara keseluruhan.

DDRSekitar tahun 2000, ciri antaramuka yang baharu sedang dibangunkan. Dikenali sebagai DDR (double data rate atau kadar data berganda), ia membenarkan pemindahan data berlaku pada kedua-dua sisi (sisi menaik dan sisi menurun) isyarat klok. Memberikannya kebolehan untuk menggerakkan data hampir dua kali ganda lebih pantas dari SDR SDRAM biasa.

Kelebihan pada perubahan teknologi ini membolehkan memori boleh berfungsi pada kadar klok yang lebih rendah (100-200MHz). Malahan, ia juga menggunakan tenaga yang lebih kecil, sekitar 2.5 volt sahaja selain dari mampu memindahkan data dengan kadar yang lebih pantas pada kelajuan sehingga 400 MTps.

DDR2Seperti biasa, apabila teknologi berkembang dengan terlalu pantas, RAM jenis DDR pun perlu diubahsuai dari segi rekaan antaramukanya. Pada tahun 2003, muncul DDR2 yang lebih pantas berbanding sebelumnya dengan klok dalamanya (200-500MHz) berfungsi dengan kelajuan yang separuh dari kelajuan bus data. Kadar pemindahanya mampu mencapai sehingga 1,066MTps dan voltan yang lebih rendah pada 1.8 volt.

DDR3
Seterusnya, DDR3 pula muncul pada tahun 2007 dengan kadar kitaran klok dalaman sekitar 400-1,066MHz dan kelajuan kadar pemindahan data sehingga 2,133 MTps. Nilai ini sering kita ketemukan pada kotak papan induk komputer desktop yang menyatakan ”supports DDR3 1333”, nombor “1333” itu merujuk kepada nilai kadar kelajuan pemindahan RAM itu. Seperti biasa, voltannya juga lebih kecil iaitu 1.5 volt.

DDR4Untuk DDR4 yang lebih terkini, ia masih lagi terhad penggunaannya untuk sistem komputer yang lebih mahal seperti papan induk yang menggunakan platform Intel X99 dan pemprosesan Intel Extreme. Lagipun, harganya masih lagi dikirakan sebagai agak mahal buat masa ini.

DDR4 dikatakan ada disetengahnya mampu mencapai kadar pemindahan sepantas 4,266MTps dan dengan voltan yang lebih kecil pada 1.2 volt.

Peka dengan jenis-jenis RAM
Masalah dengan perubahan teknologi mendadak yang dialami oleh RAM ini membuatkan kita perlu menggantikan sistem komputer yang sedia ada untuk membolekan tiap-tiap perkakasan itu serasi. Selain dari faktor reka bentuk fizikal yang mempunyai kaki-kaki pin yang berbeza seperti DIMM komputer desktop untuk DDR memiliki 184 pin, manakala bagi DDR2 dan DDR3 pula, ia ada 240 pin. DDR2 dan DDR3 dibezakan pada kedudukan lekuk (longkang bagi sesetengah orang) di tengah-tengahnya. Kesemua jenis RAM ini juga dibezakan dari segi voltan setiap satunya yang tidak sama.

Untuk itu, anda perlu peka terhadap jenis-jenis RAM andainya mahu ingin menaiktaraf sistem komputer. Jika tidak, anda mungkin membuat pembelian yang salah dan mungkin boleh menyebabkan kerugian pada pihak anda.

sumber : http://infoaitee.blogspot.my/2015/04/apa-itu-ddr-ddr2-ddr3-ddr4.html

Intel Skylake



Skylake is the codename used by Intel for a processor microarchitecture which was launched in August 2015 as the successor to the Broadwell microarchitecture.

 Skylake is a microarchitecture redesign using an already existing process technology, serving as a "tock" in the Intel's "tick-tock" manufacturing and design model. According to Intel, the redesign brings greater CPU and GPU performance and reduced power consumption. Skylake uses the same 14 nm manufacturing process as Broadwell.
An initial batch of Skylake CPUs (6600K and 6700K) was announced for immediate availability during the Gamescom on August 5, 2015,unusually soon after Broadwell. While the industry observers initially believed that the issues impacting Broadwell would also affect Skylake, newer information suggests that Intel will be seeking to recover by maintaining the traditional "tick-tock" cadence for Skylake and shortening Broadwell's release cycle instead. Other CPUs based on this architecture will be released later in 2015.
Intel states that Skylake is its "most significant processor" for a decade, due to the enhanced power efficiency and wire-free capabilities.


Tuesday, September 8, 2015

Sistem Kabel Rakyat 1 Malaysia

Sistem kabel ini akan menghubungkan Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak, dan sepanjang lebih kurang 3500 kilometer.
Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKR1M) ini turut dikatakan akan membawakan kapasiti 4 Terabit sesaat (Tbps), dan dikatakan akan membolehkan pembangunan dan komunikasi jalur-lebar antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Ia dikatakan sistem kabel ini direka untuk menyediakan prasarana transmisi yang boleh dinaik-taraf dengan menggunakan teknologi 100Gbps yang terkini. Pengenalan kabel ini juga turut dijangka bakal mengurangkan kesesakan trafik antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, disamping pada masa yang sama membawa kepada pertumbuhan pembangunan kandungan dan aplikasi berasaskan internet.
Sistem kabel SKR1M ini dijangka akan mula beroperasi menjelang pertengahan tahun 2017 kelak.