Friday, October 30, 2015

Top Level Domain (TLD)

A top-level domain (TLD) adalah segmen terakhir nama domain. TLD adalah dot akhir di alamat Internet.

TLD mengenal pasti sesuatu tentang laman web yang berkaitan dengannya, seperti tujuan, yang organisasi yang memiliki atau kawasan geografi di mana ia berasal.

Setiap TLD mempunyai pendaftaran yang berasingan yang diuruskan oleh sebuah organisasi yang ditetapkan di bawah arahan Internet Corporation for Assigned Names and Numbers (ICANN).



Internet Bantu Tugas Guru

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahadzir Khalid berpendapat, selain menggunakan pembantu, Internet yang bagus juga dapat membantu meringankan beban tugas guru.

Beliau berkata, walaupun kini hanya dua negeri - Melaka dan Kedah yang dijadikan perintis bagi melaksanakan sistem pembantu guru, namun dengan capaian Internet ia membantu meringankan tugas mereka di seluruh negara.

"Sebenarnya (pembantu guru) itu salah satu untuk kurang beban guru. Tetapi ada lagi kaedah lain yang boleh kurang beban guru iaitu capaian Internet. Dengan capaian Internet juga boleh kurang beban tugas guru," katanya dalam media selepas melawat Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih di ibu negara.

Selain itu, beliau berkata, walaupun kini terdapat masalah capaian Internet, antaranya di kawasan luar bandar dan pedalaman, namun jika ia dapat diatasi, beban guru dapat dikurangkan.

"Mungkin capaian Internet di bandar lebih baik dari luar bandar, pinggir bandar dan pedalaman.Tetapi) kalau boleh selesai capaian Internet itu, boleh kurangkan beban (guru)," katanya.

Bukan tiada bajet

Selain itu, ketika ditanya sama ada peruntukan kementerian pendidikan dipotong dalam Bajet 2016 menjadi punca pihaknya tidak mengambil pembantu guru di sekolah-sekolah, Mahadzir menafikannya.

"Bukan sebab bajet. Sebelum ini memang tak ada pembantu guru. Mungkin kerja guru sekarang ada sikit penambahan.Tugas guru hakiki memang sedia ada dah. (Cuma) jumlah kerja yang ada kaitan kerja-kerja perkeranian yang disebut tadi, kalau Internet laju, tinggi, tak ada masalah," katanya lagi.

Sunday, October 25, 2015

UniFi – For The Makers of Tomorrow


Guna Frog VLE untuk PdP semasa cuti jerebu


Para guru disaran memanfaatkan platform Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) bagi memastikan proses pe­ngajaran dan pembelajaran (PdP) kepada murid-murid terus berjalan walaupun sekolah ditutup akibat jerebu. 

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Khair Mohamad Yusof berkata, melalui VLE, guru bukan sahaja menyediakan tugasan kepada murid malah menyemak tugasan serta memberi ujian menerusi dalam talian. 

Dalam masa sama, pihak kementerian sendiri akan melihat semula isu jerebu ini dan mencari jalan memastikan PdP berjalan seperti biasa, salah satunya dengan menggunakan teknologi dalam talian. Jawatankuasa khas akan me­ran­cang memperkemas kini prosedur operasi standard (SOP) sedia ada,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Pe­ringkat Kebangsaan 2015.

VLE yang merupakan projek di bawah 1BestariNet, adalah platform berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.

Saturday, October 24, 2015

BAJET 2016 : ICT



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyifatkan Bajet 2016 akan mewujudkan satu mekanisme baru untuk GST atas tambah nilai prabayar telefon mudah alih bermula 1 Januari 2016 depan mencerminkan keprihatinan kerajaan.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Halim Shafie berkata, ia penyelesaian terbaik dalam memastikan kepentingan dan kebajikan pengguna terutamanya golongan belia dan pelajar.

“SKMM akan memperhalusi dan berbincang secara lanjut dengan pihak yang berkepentingan dalam mewujudkan mekanisme terbaik bagi melaksanakan keputusan kerajaan itu,” katanya.

Menurutnya, memandangkan pelaksanaan mekanisme baru hanya akan bermula pada 1 Januari 2016, ia bermakna buat masa ini kaedah bayaran Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang sama akan terus digunakan iaitu pengenaan GST sebanyak enam peratus kepada pengguna.

“Apa yang lebih penting adalah kepentingan pengguna terpelihara di bawah pengenalan mekanisme baru itu. Kami juga berharap pelaksanaannya dapat meringankan beban pengguna selain mengukuhkan keyakinan terhadap perkhidmatan telekomunikasi tanah air,” katanya.

Sementara itu, SKMM turut menerima dana sebanyak RM1.2 billion untuk meningkatkan kelajuan internet luar bandar sebanyak empat kali ganda daripada 5Mbps kepada 20Mbps.

“Tumpuan kerajaan terhadap aspek itu akan terus memacu usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara yang serba terhubung, berpendapatan tinggi dan kompetitif di arena antarabangsa,” katanya.

Dalam pembentangan Bajet 2016 semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peruntukan untuk meningkatkan kelajuan Internet yang turut meliputi kos membangunkan Insfrastruktur Tulang Belakang Gentian Negara (National Fiber Backbone Infrastructure), jalur lebar berkelajuan tinggi dan sistem kabel dasar laut.

Mungkin langkah ini juga untuk memastikan pengguna Malaysia dapat mengikuti perkembangan teknologi seiring dengan perkembangan seluruh dunia – apatah lagi dengan Amerika Syarikat yang kini melabelkan jalur-lebar sebagai sambungan internet dengan akses sepantas 25Mbps dan ke atas.

Di Malaysia, Telekom Malaysia telah memperkenalkan UniFi Advance dengan kelajuan bermula 30Mbps pada langganan berbayar RM179 sebulan.

Langkah pelaburan kerajaan ini juga adalah selari dengan sasaran mereka yang inginkan lebih kurang 20% kawasan luar bandar diliputi dengan akses internet sepantas 100Mbps menjelang tahun 2020 kelak.

Monday, October 12, 2015

Blogspot.my


Selepas ini, blog based blogspot akan redirect to a country-specific url. Malaysia dengan blogspot.my, Singapura dengan blogspot.sg dan sebagainya. Yang menggunakan domain sendiri tak payah nak risau. Memang anda tidak kena apa-apa effect dari penukaran url ini. Yang jadi masalahnya blog macam aku.

Masalah dihadapi bila blogspot.com bertukar blogspot.my

Kemungkinan besar apabila blogspot.com di direct ke blogspot.my, ada beberapa masalah yang berkemungkinan akan dihadapi. Antaranya:

1) Iklan Adsense

Ini yang aku nampak. Adsense terus hilang. Ini mungkin disebabkan semasa pendaftaran akaun Adsense, url yang digunakan adalah xxx.blogspot.com. Bila bertukar automatik ke xxx.blogspot.my, code untuk url asal x dapat digunakan pada url baru.

Adsense sangat sensitif hal-hal berkaitan url ini semua ye. Tapi ini hanyalah idea teori aku. Aku dah cuba claimed site ber url blogspot.my. Tunggu lah dia kembali semula atau tidak.


2) SEO blog jatuh

Ada diterangkan dalam gambar kat atas. Tapi perubahan ini adalah minimum sahaja. Jangan risau sangat.

Sumber : http://awansayatasana.blogspot.my/2015/09/perubahan-blogspotcom-ke-blogspotmy.html

Friday, October 9, 2015

Surface Book


The Surface Book is a Windows 10 convertible laptop designed and produced by Microsoft. Unveiled on October 6, 2015, it is part of the Microsoft Surface family of devices. The Surface Book is distinguished primarily by the design of its keyboard dock, which features a "dynamic fulcrum hinge" that expands as it is folded open, as well as a secondary battery and GPU that are used while docked.



Sunday, October 4, 2015

Pelanggan lebih gemar pilih jalur lebar kelajuan rendah

Pelanggan di Malaysia dilihat masih gemar memilih pakej jalur lebar kelajuan rendah walaupun terdapat banyak pakej jalur lebar kelajuan tinggi, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM).
Menurutnya demografi pelanggan sehingga Ogos tahun ini untuk perkhidmatan jalur lebar talian tetap, menunjukkan 71 peratus pelanggan Streamyx memilih pakej dengan kelajuan 1Mbps atau lebih rendah.
Mungkin banyak alasan untuk perkara ini, dan ia belum tentu menunjukkan rakyat Malaysia lebih suka memilih jalur lebar kelajuan rendah.Kekurangan kandungan menarik dan aplikasi dalam talian mungkin menjadi faktor,” kata SKMM dalam satu kenyataan .
Sehubungan itu, SKMM berkata ia juga penting untuk memastikan kemudahan perkhidmatan digital itu disebar luas kepada pelbagai sektor seperti pendidikan, kesihatan dan platform pembayaran dalam talian bagi meningkatkan permintaan kepada jalur lebar kelajuan tinggi.
Menurutnya dengan permintaan tinggi, penyedia perkhidmatan mempunyai alasan komersial untuk meningkatkan infrastruktur serta merendahkan harga mereka.
SKMM berkata pelbagai tawaran perkhidmatan berada di pasaran untuk jalur lebar talian tetap dan pelanggan mempunyai banyak pilihan.
“Terdapat pakej untuk 384 kbps sehingga 100 Mbps dengan harga bermula dari RM38. Berikutan permintaan lebih tinggi untuk perkhidmatan data, harga jalur lebar dijangka turun,” tambah kenyataan itu.
SKMM berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan pemain industri untuk memastikan harga jalur lebar kelajuan tinggi lebih terjangkau.
Menurut Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), perkhidmatan jalur lebar dikira mampu milik apabila harganya berada pada atau lebih rendah daripada lima peratus purata gaji bulanan.
Menurut SKMM, harga jalur lebar talian tetap di Malaysia mengikut Pendapatan Negara Kasar adalah pada 2.42 peratus pada 2014 dan 3.1 peratus pada 2013 seperti dalam laporan ITU.
Fokus akan diberikan untuk memastikan rakyat Malaysia mempunyai akses kepada jalur lebar pada kelajuan tepat dan harga yang berpatutan.

Saturday, October 3, 2015

OS X El Capitan




Apple hari ini secara rasminya telah pun melancarkan sistem operasi versi terbaru mereka kepada para pengguna Mac, dinamakan sebagai OS X El Capitan. Seperti sebelum ini, kemaskini ini ditawarkan secara percuma, dan boleh dimuat-turun bermula daripada hari ini oleh semua pengguna.
OS X El Capitan yang menggunakan angka versi 10.11 ini boleh digunakan pada semua Mac sedia ada yang menjalankan OS X Yosemite. Pihak Apple menyertakan beberapa fungsi baru padanya, dan antaranya adalah kemaskini pada Spotlight Search, kemaskini pada aplikasi Notes dan Mail, pelayar web Safari versi terbaru, serta sokongan Split View yang membolehkan paparan dua aplikasi secara bersebelahan.
OS X El Capitan juga turut memfokuskan kepada penambah-baikkan dari segi pemprosesan, bersama-sama pelbagai pengoptimasian sistem operasi.
Bagi pengguna Mac, anda boleh memuat-turun dan memulakan proses kemaskini OS X El Capitan bermula daripada hari ini.


sumber : https://amanz.my/201596285/