Tuesday, November 22, 2016

Rakyat Malaysia Menghabiskan 14 Jam Sehari Menggunakan Peranti Digital


Image result for digital device user

Pengguna digital Malaysia menghabiskan secara purata 14 jam sehari melalui peranti digital dengan 87 peratus daripada mereka di Internet.

Menurut Ernst & Young Advisory Sdn Bhd (EY), yang juga anggota pertubuhan global EY, bagaimanapun, terdapat persepsi jurang pada kematangan, pengalaman dan kemampuan Malaysia.

Kajian dalam taliannya, Asia-Pacific: Digital Nations 2016 di bawah tajuk Decoding the Malaysian Digital DNA: From Smart to Savvy menunjukkan 80 peratus daripada responden menggunakan media sosial/jaringan pada setiap hari untuk membuat tinjauan dalam talian yang berkaitan dengan sesuatu produk dan perkhidmatan.

Bagaimanapun, lebih separuh daripada mereka berpendapat ekonomi digital Malaysia masih ketinggalan berbanding negara maju. Mereka melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan kualiti kelajuan Internet dan kos data yang masih mahal,” kata EY dalam satu kenyataan .

Kaji selidik itu menunjukkan keselamatan siber masih menjadi kebimbangan utama dengan 83 peratus daripada responden mahukan organisasi terbabit mendedahkan bagaimana mereka menggunakan maklumat dalam talian manakala 69 peratus lagi mencari penguatkuasaan undang-undang ke atas maklumat pelanggan.

Tuesday, November 8, 2016

Surface Studio

 Image result for Surface Studio
 Microsoft Surface Studio sebelum ini dikhabarkan merupakan sebuah desktop modular. Namun kini setelah ia dilancarkan, ia kelihatan lebih dari setakan sebuah desktop modular. Peranti ini menggabungkan paparan PixelSense dengan Surface Hub.

Kehadiran dektop ini sudah pasti akan menggugat kewujudan iMac sebagai desktop untuk para pereka grafik dan pakar fotografi. Microsoft Surface Studio mengambil ilham dari kejayaan tablet Surface Pro, sekaligus memberi ilham kepada para mengeluar OEM seperti HP dan Dell untuk memikirkan semula cara ia merekabentuk produknya.

Surface Studio dilengkapi skrin PixelSense 28 inci dangan nisbah aspek 3:2 dan resolusi 4,500 x 3,000 (192 ppi). Ia juga dilengkapi pilhan pemproses Intel Skylake Core i5 atau i7 di mana model i5 dipasangkan dengankad grafik Nvidia GeForce GTX 965M, manakalah model i7 memberi anda pilihan kad grafik GTX 965M atau GTX 980M.

Memang jelas PC ini direka untuk para pereka grafik dan ahli fotografi, namun prestasi grafiknya juga membolehkan para gamer turut serta memilikinya, walaupun kami pasti para gamer tentu mahukan sesuatu yang mudah dinaiktaraf dan diubahsuai serta skrin dengan nisbah aspek 16:9.

Dari segi port, ia dilengkapi 3 port USB 3.0, pembaca kad SD, port MiniDisplay, port ethernet dan jek fon kepala. Malangnya port USB-C tidak disertakan.

PC ini juga didatangkan dengan Surface Keyboard (akan diterangkan dalam pos berasingan), Surface Mouse dan Surface Pen serta Windows 10 Pro. Ia juga boleh digunakan dengan Surface Dial (akan diterangkan dalam pos berasingan). Harganya bermula dari USD2,999.

Sumber : http://techkini.com/komputer/microsoft-surface-studio-dilancarkan/




Jack Ma dilantik penasihat ekonomi digital kerajaan Malaysia


 Image result for jack ma dilantik penasihat

Pengerusi Eksekutif Alibaba dan usahawan internet, Jack Ma dilantik penasihat ekonomi digital kepada kerajaan, umum Datuk Seri Najib Razak.Perdana Menteri berkata demikian dalam ucapannya ketika melancarkan Pavilion Alitrip Malaysia Tourism di China World Hotel, Najib berkata, beliau tidak sabar untuk berkongsi berita gembira mengenai perkara itu.

"Jack Ma sudah menerima pelawaan untuk menjadi penasihat kepada Kerajaan Malaysia mengenai ekonomi digital. "Beliau akan menasihatkan kita dan membantu dalam menerokai, memajukan dan menentu hala tuju masa depan kita dalam sektor ini," katanya.

Najib berkata, Ma juga bersetuju menyertai Forum Transformasi Global Malaysia ketika lawatannya ke negara ini ketika berlangsungnya persidangan e-Free Trade Zone, Mac tahun depan. "Kita berusaha pantas untuk menjadikan perkara ini (ekonomi digital) sebagai kenyataan," katanya.

Pengasas Alibaba, Jack Ma amat teruja dengan tugas yang diberikan kepada beliau.Ma berkata beliau melihat ke hadapan yang mana Malaysia akan melancarkan Zon Perdagangan Bebas Digital pada 2017 dengan bantuan beliau dan tahun-tahun akan datang.

Ma berkata berdasarkan rangkaian sosial, rakyat Malaysia adalah peramah kerana purata rakyat Malaysia mempunyai 235 rakan di dalam rangkaian sosial, dan ini menunjukkan bagaimana rakyat Malaysia menilai persahabatan.

Justeru, beliau berkata terdapat keperluan bagi teknologi aplikasi dan interaktif yang baharu untuk golongan muda berhubung dan bersama membina tempat tinggal yang lebih aman.

Bercakap mengenai Malaysia, Ma melahirkan cintanya kepada negara itu yang mana beliau menikmati percutian yang menarik dengan makanan yang lazat, budaya dan tempat menarik untuk dikunjungi.

"Dua ribu tahun dahulu, orang China datang ke Malaysia untuk meneruskan kehidupan, kini 2,000 tahun kemudian orang China patut mengunjungi Malaysia untuk berehat," katanya sambil berseloroh.