Sunday, December 20, 2015

E-Commerce History


Kelajuan Purata Internet Malaysia Di Tempat Ke-73 Di Dunia

Menurut laporan bertajuk State of Internet 2015 oleh Akamai, Malaysia berada di tempat ke-73 dengan kelajuan purata 4.9 Mbps. Ini adalah di bawah purata kelajuan global iaitu 5.1 Mbps.

Dari segi penggunaan 52% pengguna Malaysia menikmati kelajuan Internet pada kelajuan melebihi 4 Mbps. Sekiranya anda menikmati kelajuan melebihi 15 Mbps, tahniah kerana anda adalah golongan kecil 0.9% rakyat Malaysia yang bertuah.

Korea Selatan muncul sebagai negara dengan kelajuan purata Internet terpantas dengan 20.5 Mbps.

Di kalangan negara rantau ASEAN, Singapura adalah negara terpantas dengan purata kelajuan 12.5 Mbps diikuti pula oleh Thailand dengan purata kelajuan 8.2 Mbps. Malaysia masih lagi di hadapan Vietnam (3.5 Mbps), Indonesia (3.0 Mbps) dan Filipina (2.9 Mbps). Akamai-Malaysia-1