Wednesday, February 4, 2015

Ransomware



Dalam bahasa mudah, Ransomware merupakan salah satu cara baharu untuk penggodam dapatkan wang dengan mengunci komputer, laptop, handphone dan meminta wang sekiranya nak unlock balik. Kebiasaannya, para penggodam menggunakan nama FBI untuk menunjukkan bahawa sesebuah peranti itu dikunci oleh orang atasan untuk menunjukkan kebenaran kepada pemilik peranti tersebut.

BAGAIMANA RANSOMWARE TERSEBAR?
Ciri-ciri virus Ransomware tidak berbeza dengan virus-virus lain seperti trojan, worm dan malware dan penyebaran virus Ransomware ini ialah melalui internet. Sekiranya anda meng-klik link yang mempunyai virus Ransomware atau mendownload file yang sudah di jangkiti virus jenis ini, maka penyebaran virus akan bermula selepas siap download.

Sekiranya file yang di download merupakan setup bagi software (.exe file), maka penyebaran akan berlaku selepas siap install software tu.

Jadi, Elakkan daripada meng-klik link yang nampak meragukan. Elakkan juga mendownload file daripada sumber yang tak boleh di percayai. 


Sumber : http://eye-see-tea-blog.blogspot.com/2014/09/apa-itu-ransomware.html