Wednesday, April 30, 2014

How It Works: Dishwashers


Autopilot Car

 


Audi A7: Auto Pilot Car of the Future


TEKNOLOGI LED




Kebelakangan ini kita sering mendengar kata LED.Monitor LED, lampu LED, TV LED, dan banyak lagi. Sudah banyak gadget terbaru yang memanfaatkan LED. Sebenarnya apakah itu LED? Apa bezanya dengan lampu-lampu biasa?

LED merupakan singkatan dari Light Emitting Diode. Sesuai namanya, LED merupakan sebuah diod yang dapat memancarkan cahaya. Diod sendiri merupakan salah satu komponen elektronik yang hanya dapat mengalirkan arus elektrik dalam satu arah, tidak bolak-balik. Diod ini sendiri dihasilkan dari bahan semikonduktor.

LED memanfaatkan eksitasi (pelepasan tenaga) elektron dalam bahan semikonduktor tersebut untuk menyalakan sumber cahayanya. Warna cahaya yang dihasilkan oleh LED ini juga bermacam-macam, bergantung bahan yang digunakannya.

LED ini banyak digunakan di berbagai peralatan pada masa ini. Beberapa monitor PC, skrin laptop,  smartphone, maupun tablet sudah menggunakan teknologi LED ini sebagai skrin. LED memerlukan tenaga yang kecil dan digunakan secara efisien.


Monday, April 28, 2014

Windows 8.1

 

Windows 8 sememangnya membawa perubahan besar dalam sejarah sistem operasi Windows. Ia berubah secara drastik. Dari antaramuka sehingga ke sudut prestasi, jika dibandingkan pada Windows sebelumnya, ia jauh berbeza. Windows 8 dibina kukuh, penampilannya elegan dan dalamannya hadir satu tekad pembaharuan dengan barisan aplikasi generasi baru. Ia tampil unggul di hadapan, demi merealisasikan visi kudsi Microsoft dalam usaha mengubah landskap dunia pengkomputeran pada hari ini dan hari mendatang yang kian gemilang.

Windows 8.1 menyinarkan lagi harapan ini. Ia digilap untuk menampakkan lagi kilauan hasil daripada usaha Windows 8. Ia dibina atas satu premis usaha yang cukup padu, menampilkan rekaan yang dikemas kini dengan beberapa fungsi baru. Ia sama bagaimana anda menggunakan Windows 8 malah tampil dengan pembaharuan dan penambahbaikan, menjadikan ia salah satu Windows terbaik sehingga hari ini.

http://amanz.my/2013/10/ulasan-windows-8-1/?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+amanz%2FbHAR+%28Amanz%29


Samsung Gear 2, Samsung Gear Fit - Official Introduction

 
 
Bukan sahaja dikenali sebagai pengeluar peranti telefon pintar, tablet ataupun phablet, Samsung juga pantas mengorak langkah dalam memperkenalkan gajet terbaharu miliknya iaitu Galaxy Gear 2 dan Gear Fit.

Menariknya, peranti keluaran terbaharu syarikat dari Korea yang boleh didapati di pasaran Malaysia mulai 11 April lalu itu adalah akses atau sokongan kepada 13 rangkaian telefon pintar Samsung Galaxy yang lain dengan kebolehan merakam gambar pada resolusi 2MP dan video HD 720p.

Malah, Gear 2 berkeupayaan menjawab panggilan telefon dan bercakap secara terus dengan menggunakan teknologi ‘infrared’ untuk kawalan jauh. Jika dibandingkan dengan versi lama, Gear 2 mampu memainkan muzik sendiri tanpa sambungan kepada peranti lain dengan memori dalaman sebanyak 4GB.

Selain itu, tali Gear 2 juga boleh ditukar atau diubah suai bagi dipadankan dengan pelbagai fesyen yang ditampilkan pemakainya memandangkan akses kamera dan mikrofon telah dipindahkan ke badan peranti itu sendiri. Bukan itu sahaja, jangka hayat bateri Gear 2 turut dipertingkatkan untuk bertahan selama tiga hari bagi penggunaan biasa dan enam hari penggunaan minimum.

Bagi mereka yang memakai untuk tujuan kesihatan seperti berjoging, peranti ini turut dilengkapi dengan sensor pengesan degupan jantung dan mengira setiap langkah ketika bersenam. Sementara itu, Gear Fit pula menjadi peranti boleh pakai pertama dengan skrin lengkung yang menjadikannya lebih selesa dipakai di tangan.

 Sumber : http://ceritasemasa.com/jam-pintar-samsung-galaxy-gear-2-dan-gear-fit/

Thursday, April 24, 2014

GOOGLE GLASS

Google Glass ialah komputer boleh dipakai dengan kepala yang dipasang paparan optik (OHMD).  

Google Glass memaparkan maklumat dalam format telefon pintar. 

Pemakai berkomunikasi dengan Internet melalui arahan suara bahasa semula jadi .  




 

Tuesday, April 22, 2014

HTML 5

Anda mungkin telah mendengar tentang teknologi HTML5 yang digunakan secara meluas di gunakan di Internet sebagai bahasa penstrukturan untuk menyampaikan kandungan World Wide Web (WWW).

Teknologi ini popular disebabkan Steve Job (Pengasas,Pengerusi, CEO Apple Inc) kerana membuang teknologi Adobe Flash pada produknya yang dianggap tidak sesuai digunakan. Dengan mudah teknologi HTM5 membenarkan video dimainkan tanpa menggunakan Adobe Flash.


HTML5 adalah edisi HTML(dicipta tahun 1990 dah piawaian HTML4 pada tahun 1997) mendapat sokongan pada Disember 2012 oleh W3C. Tujuan utama teknologi HTML5 adalah untuk memperbaiki bahasa dan sokongan untuk teknologi multimedia serta difahami oleh manusia dan peranti pelayar di komputer atau peranti lain contohnya tablet,telefon pintar atau komputer peribadi.
 
 
Sumber : http://jezrin.com/my/blog/2013/01/apa-itu-html5/

Thursday, April 17, 2014

Explanation of the Heartbleed Bug by Critical Watch


Ancaman Heartbleed

Pengguna laman sosial Facebook di negara ini perlu berhati-hati dengan pautan laman sesawang berantai yang disyaki mengandungi pepijat ‘Heartbleed’, iaitu sejenis penggodam akaun pengguna.
 
Bermula awal minggu lalu, pepijat Heartbleed atau CVE-2014-0160 yang belum diketahui asal-usulnya, membolehkan penggodam mencuri data peribadi pengguna Facebook bagi tujuan yang tidak baik.

MS Access : Switchboard

 
Dalam Microsoft Access, switchboard adalah satu bentuk yang menyediakan untuk navigasi sekitar pangkalan data . Ia adalah menu yang telah disesuaikan untuk semua arahan pengguna, dan ia mungkin mengandungi butang, label, imej atau hiperlink.

Wednesday, April 16, 2014

Documentary : Video Game Addiction


Penagih ‘games’


 

Permainan video adalah ‘trend’ kebanyakan anak muda masa kini untuk mengisi masa lapang mereka di rumah. Sebahagian besar daripada mereka sanggup berhabis duit melayan permainan ini di pusat Internet. Berjam-jam lamanya waktu dihabiskan untuk memberi fokus kepada permainan ini. 

Golongan lelaki khususnya gemar bermain permainan video ini hingga sanggup keluar rumah untuk bersosial dan melakukan aktiviti berfaedah. Dengan kewujudan pelantar permainan video popular seperti Playstation 4 dan XBOX One, ketagihan itu makin sukar ‘dibuang’.


Ketagihan ini bukan saja memberi kesan yang buruk kepada hubungan sosial, tetapi juga bagai meletak had bagi mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan kerja sekolah.

Bapa Main ‘Game’, Anak Dibiar Mati Kelaparan



POLIS Korea Selatan pada hari ini dilaporkan telah menahan seorang lelaki yang membiarkan anak kecilnya mati kelaparan ketika dia sibuk bermain permainan video online di kafe internet, lapor sumber berita AFP.

Kes terbaru ini dijangka akan menjadi sebab untuk perdebatan hangat di negara itu yang mana permainan video seperti itu menjadi masalah.

Tuesday, April 15, 2014

3D Printer - MakerBot Replicators


The 3D Printing Revolution


Teknologi Pencetak 3D



 

Mencetak Secara 3 Dimensi?
Fail-fail yang terdiri daripada rekaan produk boleh dicetak secara 3 Dimensi (3D) bagi dijadikan produk seperti mug dan alatan permainan menarusi pencetak khas 3 Dimensi.

Apa Itu Pencetak 3 Dimensi (3D Printer)?
Sebenarnya ini adalah satu proses pembuatan (manufacturing) yang menjadikan fail imej 3 Dimensi sebagai input untuk diterjemahkan menjadi produk fizikal yang diperbuat dari pelbagai bahan, dan bahan yang selalu digunakan kini adalah plastik.


Imej yang dijana oleh melalui program seperti Google Sketch, AutoCad dan Adobe Illustrator boleh dihantar ke pencetak 3 dimensi melalui sambungan USB, sama seperti penggunaan pencetak biasa bagi mencetak dokumen.


Bagaimana Pencetak 3 Dimensi Berfungsi?
Sama seperti pencetak biasa, Pencetak 3 Dimensi melakukannya berperingkat iaitu lapisan demi lapisan. Pencetak 3 Dimensi mencetak sesuatu objek dari permulaan iaitu bermula dari kosong. Sebagai contoh jika seseorang itu mencetak satu figura permainan, "dakwat" yang digunakan akan mencair sedikit demi sedikit sehinggalah proses ini menjadi lengkap sepenuhnya. Dalam hal mencetak secara 3 dimensi ini, "dakwat" yang dimaksudkan adalah diperbuat oleh plastik.


Berapa Kos Pencetak 3 Dimensi?
Tentunya teknologi ini masih lagi amat mahal bagi pengguna akhir. Pencetak bersakala kecil sekalipun masih lagi berharga dalam lingkungan RM3000 - RM6000 seunit di Amerika Syarikat.

Siapa Yang Menggunakan Teknologi ini?
Sesiapa sahaja yang berminat. Namun teknologi ini amat membantu golongan seperti Arkitek bagi menghasilkan model berskala kecil, manakala golongan pencinta seni menggunakannya untuk menghasilkan karya-karya seni. Terdapat juga situasi dimana seorang pakar bedah ortopedik memanfaatkan teknologi ini untuk membuat replika tulang pesakit sebagai persediaan untuk pembedahan yang bakal dijalankan.

Bagaimana Dengan Pelanggaran Hak Cipta?
Menurut peraturan hakcipta lama, mencipta sesuatu objek yang dianggap "berguna" tidak melanggar undang-undang kerana objek yang berguna itu boleh dipatenkan. Manakala mencipta semula karya seni adalah melanggar hak cipta.

Namun begitu hal ini masih lagi boleh diperdebatkan. Pastinya akan mengundang pelbagai kontroversi apabila ada pihak yang berkepentingan merasakan ianya tidak adil dan merugikan mereka.

Sumber : http://xlawsknowledges.blogspot.com/2012/03/teknologi-pencetak-3d.html