Wednesday, July 27, 2016

Monday, July 25, 2016

VHS dihentikan pengeluaran

Pada hujung bulan ini, pita VHS akan dihentikan pengeluarannya oleh Funai Electric Company. Ianya syarikat terakhir yang menghasilkannya di dunia.



Pengeluaran dihentikan kerana permintaan yang semakin berkurangan dan kesukaran mencari alat ganti bagi meneruskan produksi. Tahun lalu mereka melaporkan jualan hanya mencecah 750 000VHS. Tahun lalu Sony menghentikan penghasilan pita VHS mereka. Format baru seperti Ultra HD Blu-Ray yang menawarkan resolusi serta kualiti menyebabkan format klasik ini dihentikan.

Belajar Pengekodan tahun hadapan

160719-datuk yasmin mahmood ceo mdec

Bermula tahun hadapan, pelajar sekolah akan diajar pengekodan komputer seawal darjah tiga. Itulah yang diumumkan oleh CEO Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Datuk Yasmin Mahmood.

Sebagai permulaan, 22 sekolah akan dipilih sebagai perintis kepada inisiatif melahirkan generasi penggerak dunia digital. Subjek pengekodan akan diserap masuk kedalam kurikulum sekolah rendah (KSSR) dan menengah (KSSM).

Ia selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 yang menggariskan lima aspirasi iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan. Langkah itu diharapkan boleh memantapkan kemahiran kognitif serta memupuk pemikiran aras tinggi sambil menjalin masuk pengetahuan IT sebagai alat mengajar.

Walau bagaimanapun, butiran lanjut inisiatif itu hanya akan diumumkan pada Ogos ini.