Wednesday, December 31, 2014

Monday, December 8, 2014

Montaj Pelancaran Buku Digital

Video montaj semasa Majlis Pelancaran Buku Teks Digital

Monday, November 10, 2014

Ad Hoc Network

 

 
 Rangkaian ad hoc adalah sambungan sementara antara komputer dan peranti yang digunakan untuk tujuan tertentu, seperti berkongsi dokumen semasa mesyuarat atau bermain permainan komputer  Anda juga boleh berkongsi sambungan Internet buat sementara dengan orang lain pada anda rangkaian ad hoc. Rangkaian ad hoc hanya boleh wayarles, jadi anda mesti mempunyai penyesuai rangkaian wayarles yang dipasang di dalam komputer anda untuk membuat atau bergabung dengan rangkaian ad hoc.





Tuesday, October 21, 2014

Harga Internet Mahal

Harga internet dan jalur lebar di negara ini disifatkan terlalu mahal berbanding kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.Pengerusi Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom), Cheah Kok Hoong berkata, harga perkhidmatan internet di Malaysia perlu diturunkan kerana ia menjadi keperluan masyarakat kini.

“Dari pemerhatian kami, kualiti servis internet yang ditawarkan perlu ditingkatkan berdasarkan banyak rungutan daripada pengguna yang kecewa dengan harga yang mahal tetapi servis yang teruk.

“Kebanyakan masyarakat di negara ini yang menggunakan internet terdiri daripada mereka yang masih belajar dan baru hendak mula bekerja. Harga purata untuk jalur lebar dan internet mudah alih sekitar RM79 dan RM133 akan membebankan mereka,” katanya, semalam.

Penggunaan internet dalam kalangan masyarakat di Malaysia menunjukkan peningkatan mendadak daripada 22 peratus pada 2008 kepada 60 peratus pada suku pertama tahun ini.

Malah, berdasarkan kajian Bank Dunia, peratusan ini akan terus meningkat pada tahun akan datang.

Menurut Kok Hoong, kerajaan perlu memikirkan cara menurunkan harga internet berdasarkan kepada keperluan perkhidmatan tersebut kepada masyarakat.

“Kita sedang menuju ke arah negara maju dan ekonomi baru yang menggunakan internet dalam semua urusan.

“Masyarakat juga menjadikan penggunaan media sosial sebagai salah satu sumber pencarian mereka terutama dalam urus niaga elektronik,” katanya.

Jadi katanya, harga internet yang murah akan memastikan setiap rakyat Malaysia mampu memperoleh perkhidmatan yang ditawarkan.

Menurutnya, jika kerajaan tidak dapat menurunkan harga internet, kualiti perkhidmatan itu perlu dipertingkatkan selari dengan harga yang dikenakan.

“Menurut satu kajian yang dilakukan oleh sebuah syarikat pengujian internet dunia Ookla, Malaysia berada pada kedudukan 126 daripada 196 negara dari segi kelajuan internet di dunia,” katanya.

Malah katanya, Malaysia berada di belakang Kemboja dan Vietnam berdasarkan kajian yang dilakukan pada Mei 2013 hingga April 2014 itu.

Friday, October 17, 2014

Android Versions




Android Lollipop




Setelah beberapa bulan  berita Google Android L yang masih dalam masa pengujian, akhirnya OS versi final dengan label L ini rasmi diperkenalkan. Nama rasmi untuk Android L ini adalah Lollipop.


Perbezaan yang paling ketara antara android Lollipop dengan generasi sebelumnya, Kitkat adalah tampilan pada antarmukanya yang bertajuk Material Design. Android 5.0 ini tersedia untuk peranti Google Nexus 6, Nexus 9 dan Nexus Player.

Lollipop juga akan banyak yang berubah dari generasi-generasi sebelumnya.



Tuesday, October 14, 2014

Bajet 2015 Malaysia – ICT


 

Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Najib Razak telah membentangkan Belanjawan Malaysia bagi tahun 2015. Banyak aspek yang telah disentuh dalam pembentangan itu. Seperti biasa, belanjawan berkaitan teknologi turut menerima peruntukan yang banyak, meliputi pelbagai aspek. Bajet 2015 memperuntukkan sejumlah 273.9 bilion ringgit iaitu peningkatan sebanyak 9.8 bilion ringgit berbanding peruntukan asal 2014. Daripadanya, 223.4 bilion ringgit bagi perbelanjaan mengurus dan 50.5 bilion ringgit sebagai perbelanjaan pembangunan.

Beberapa isu yang hangat diperkatakan ialah tentang pemberian BR1M dan juga pelaksanaan GST. Manakala bagi peruntukan berkaitan teknologi, antara yang disebut oleh PM ketika pembentangan tadi ialah:
  

1. Mewujudkan Research Incentive Scheme for Entreprise (RISE) dengan peruntukan 10 juta ringgit untuk menggalakkan syarikat-syarikat menubuhkan pusat penyelidikan dalam bidang berteknologi tinggi, ICT dan industri berasaskan pengetahuan.

2. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 200 juta ringgit kepada MyCreative Ventures pada tahun 2012. Lanjutan daripada ini, usaha ini diteruskan melalui Dana Industri Kandungan Digital di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebanyak 100 juta ringgit.

3. High Speed Broad Band (HSBB), di kawasan ekonomi berimpak tinggi, akan diteruskan meliputi ibu negeri dan bandar-bandar terpilih di seluruh negara. Sebanyak 2.7 bilion ringgit akan dibelanjakan dalam tempoh tiga tahun melibatkan pembinaan seribu menara pencawang telekomunikasi baru dan pembinaan kabel dasar laut.

4. Kerajaan memperuntukkan 1.3 bilion ringgit kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi melaksanakan program berkaitan, antaranya:

Pertama: Mensasarkan 360 produk inovasi berimpak tinggi dikomersilkan dalam tempoh 5 tahun akan datang;

Kedua: Menyediakan dana penyelidikan sebanyak 290 juta ringgit bagi menjalankan pelbagai aktiviti R&D yang berimpak tinggi;

Ketiga: Menjenamakan semula SIRIM. Untuk itu, SME Technology Penetration, Upgrading Program dan Technology Auditing akan dilaksanakan;

Keempat: Memperkenalkan inisiatif baru iaitu Public Private Research Network yang diterajui Kementerian Pendidikan dengan kerjasama MTDC dengan peruntukan sebanyak 50 juta ringgit; dan

Kelima: Memperkukuhkan Program Technology Commercialization Platform oleh Agensi Inovasi Malaysia dengan tambahan 50 juta ringgit.

5. Talent Corp akan menyediakan 30 juta ringgit bagi program Industry Academia Collaboration di mana, universiti, entiti Kerajaan dan industri bekerjasama membangunkan kurikulum program internship serta latihan industri.

6. Kerajaan berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai lokasi tumpuan bagi Syarikat Permulaan atau Start-up di rantau ini. Salah satu usaha adalah penubuhan MaGIC bagi mewujudkan ekosistem yang lebih kondusif untuk memudahcara syarikat Start-up memulakan perniagaan. Justeru, bagi menarik lebih ramai usahawan ekspatriat syarikat Start-up beroperasi di Malaysia, dicadangkan kriteria khas Modal Berbayar syarikat Start-up ditetapkan sebanyak 75 ribu ringgit. Usahawan ekspatriat Start-up yang layak akan diberi Startup Work Pass untuk tempoh satu tahun.


Boleh disimpulkan, belajawan berkaitan teknologi kali ini menumpukan kepada usaha melatih serta menghasilkan produk teknologi di dalam Malaysia sendiri. Pelbagai latihan disediakan dan geran diperuntukkan untuk mereka yang berminat, bagi mengembangkan usaha mereka berkaitan teknologi. Malah usaha menarik entrepenur Startup dari luar negara juga menjadi fokus untuk menarik idea luar masuk ke dalam negara. Apa yang diharapkan, peruntukan seperti geran ini disalurkan tepat pada sasaran dan bukan menunggu masa untuk dihabiskan pada penghujung tahun.

Dari segi infrastruktur, pembangunan lebih banyak pencawang telekomunikasi dan pemasangan HSBB di kawasan bandar memang langkah bagus. Tetapi kawasan luar bandar juga harus disediakan dengan asas HSBB dan serta pencawang telekomunikasi yang berkelajuan sekurang-kurangnya 3G, agar mereka tidak ketinggalan dalam arus pantas dunia maklumat kini.

Manakala dari sudut perkakas dan peranti berkaitan teknologi, memandangkan ia tidak disentuh langsung dalam pembentangan tadi, bolehlah dirumuskan bahawa ia akan dikenakan GST 6% pada April 2015 nanti. Telefon pintar dan komputer peribadi seperti laptop menikmati 0% cukai selama ini. Jadi bagi yang ingin mendapatkan laptop atau telefon pintar baru, sebaiknya dibuat sebelum April 2015 akan datang.

sumber : http://theskop.com/2014/10/bajet-2015-malaysia-kurang-penekanan-aspek-ict/