Friday, August 22, 2014

Macrium Reflect Free Edition

Macrium Reflect Free Edition you'll be able to easily make an accurate and reliable image of your HDD or individual partitions. Using this image you can restore the entire disk, partition or individual files and folders in the event of a partial or complete system loss.







Thursday, August 21, 2014

4k Video Downloader




4K Video Downloader adalah utiliti yang berguna untuk memuat turun video dari Internet.Anda hanya perlu tampal URL melalui butang yang ditetapkan dari antaramukanya.

Muat turun disini 

Wednesday, August 20, 2014

Daftar Facebook Dengan SKMM Sukar Dilaksana




Cadangan pendaftaran pengguna laman sosial Facebook dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dilihat sukar untuk dilaksanakan kerana memerlukan kerjasama secara langsung dengan pengasas laman sosial itu.

Presiden Persatuan Penyedia Kandungan Mudah Alih Malaysia (MMCP) Johary Mustapha berkata sehingga kini belum ada mana-mana negara berjaya berbuat demikian kerana bilangan pemilik akaun Facebook di seluruh dunia kini mencecah 1.3 bilion dan 15 juta daripadanya merupakan pengguna di Malaysia.

“Malaysia memerlukan kerjasama ‘server’ Facebook yang beroperasi di Amerika Syarikat (AS) untuk membolehkan rakyatnya berdaftar dengan SKMM, tetapi secara logiknya adakah ia mampu dilaksanakan?
“Daripada sudut pandangan industri, tidak relevan untuk pengendali laman sosial tersebut memberi pengecualian khas kepada mana-mana pihak bagi tujuan terbabit kerana tindakan itu akan menyusahkan ramai pengguna Facebook,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

Beliau mengulas saranan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik agar kerajaan mempertimbang agar pemilik akaun laman Facebook perlu berdaftar dengan SKMM bagi memudahkan urusan mengenal pasti identiti pemilik akaun berkenaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telahpun mengatakan bahawa setakat ini kementeriannya mendapati tiada keperluan untuk mewajibkan pengguna laman sosial Facebook didaftarkan dalam usaha mengekang aktiviti penyalahgunaan laman siber.

Ahmad Shabery juga telah menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah berhasrat menutup laman soaial Facebook sekalipun terdapat banyak laporan penyalahgunaannya di negara ini.

Sementara itu, Johary turut menyarankan agar pengguna mengamalkan sikap ‘self-censorship’ (saringan sendiri) terhadap sebarang bahan yang dimuat naik dan dikongsi dalam laman maya.

“Pengguna Facebook perlu teliti terlebih dahulu kandungan sesuatu berita dengan mengambil kira pelbagai aspek sebelum dikongsi atau ‘like’ kerana ada di antaranya menghina institusi Raja, agama dan kaum, yang tidak sepatutnya dikongsi sebaiknya padam atau dilaporkan kepada Facebook,” katanya.

Senada dengan pandangan itu ialah jutawan perniagaan internet, Irfan Khairi yang berpendapat peranan untuk menyekat sebarang bahan yang diragui terletak pada pengguna laman sosial itu sendiri.

“Pengguna Facebook juga perlu menyandang tanggungjawab untuk lebih prihatin terhadap penggunaannya, terutama tidak sewenang-wenangnya berkongsi serta menyebarkan berita yang belum sahih, rasis dan boleh menganggu ketenteraman masyarakat berbilang bangsa di Malaysia,” katanya.

Irfan berkata orang ramai juga perlu mengetahui kesalahan yang dilakukan menerusi internet boleh disabitkan dengan undang-undang sedia ada.

“Apa yang tidak boleh dilakukan di luar, maka tidak boleh juga dilakukan di Internet dan mereka yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Mengikut Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, individu yang disabitkan kesalahan menyalahgunakan laman sosial boleh didenda tidak kurang daripada RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya. – BERNAMA

Wednesday, August 13, 2014

History of Web Page Design


History of Web Design


Nostalagia: Bagaimana Web Microsoft Pada Tahun 1994

Pada tahun 1994, boleh dikatakan hanya terdapat beberapa laman web sahaja berbanding jutaan laman web pada hari ini.

Salah satu laman web yang dimulakan pada tahun 1994 adalah laman Microsoft.com.
Laman rasmi Microsoft dimulakan untuk berkongsi beberapa info rasmi untuk para pelanggan mereka.
Boleh dikatakan ketika itu dunia pembangunan web masih awal, dan kod HTML merupakan salah satu perkara yang tidak ramai yang ketahui mengenainya.

Kini, sudah lebih kurang 20 tahun sejak ia diperkenalkan, dan Microsoft telah mengubah laman rasmi mereka hampir 17 kali sejak daripadanya.

Bagi anda yang ingin melihat kembali laman Microsoft.com pada tahun 1994, pihak Microsoft menyediakan sebuah pautan khas, dimana anda boleh mengaksesnya dan melihat bagaimana laman web gergasi perkomputeran kelihatan ketika itu.

 http://www.microsoft.com/en-us/discover/1994/

Sumber : http://mynewshub.my/main/2014/08/12/nostalagia-bagaimana-web-microsoft-pada-tahun-1994/

Saturday, August 9, 2014

Kerajaan kaji kewajaran tutup Facebook

 
KUALA LUMPUR - Kerajaan bersedia mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook ekoran pelbagai penyalahgunaan di laman itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
  
Beliau berkata kementerian akan menjalankan kajian bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung perkara itu.
  
"Sekiranya orang ramai berpendapat Facebook harus ditutup, kita bersedia untuk melihat (perkara itu) tetapi ia satu pendekatan yang radikal", katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Cheras.
  
Turut hadir Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dan Ketua Wanita Umno Cheras, Datuk Hajah Zurainah Musa.
  
Namun, Ahmad Shabery yang juga Ahlj Majlis Tertinggi Umno, berkata adalah mustahil untuk menutup laman sosial itu memandangkan jumlah akaun pengguna tempatan adalah 15 juta berbanding hanya 2,000 laporan penyalahgunaan yang diterima.
 
"Ramai orang berniaga guna Facebook, jalin hubungan kekeluargaan dan tak ada kena mengena dengan politik pun...aduan kita terima sekitar 2,000 sahaja.

Apakah dengan 2,000 laporan itu kita nak tutup sepenuhnya,  itu kita perlu tengok balik", katanya.
  
Mengulas mengenai tindakan individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di laman Facebook, beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang bekerjasama dengan polis bagi menjejaki individu itu. - Bernama

Polis Buru Lima Individu Hina Agama, Perkauman



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon orang ramai tampil memberi maklumat terhadap lima individu yang dikehendaki berkaitan dengan kes-kes melibatkan penghinaan agama dan juga sensitiviti perkauman.

Pengarah Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, tindakan memuat naik, berkongsi dan menyebarkan kenyataan-kenyataan berbaut perkauman dan penghinaan terhadap agama semakin menjadi-jadi.

"Kami memandang berat kemelut yang telah atau sedang berlaku dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang mempunyai kecenderungan perkara tersebut.
"PDRM menghadapi kekangan dalam mengenal pasti identiti sebenar suspek. Jadi kami berharap dengan bantuan atau maklumat orang ramai dapat mempercepatkan tindakan yang diambil terhadap mereka yang dikehendaki ini," jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman, Jumaat.

Lima suspek tersebut ialah:
1. Seorang perempuan dipercayai berbangsa India dikenali sebagai Vignamona VM dalam akaun facabook membuat kenyataan dengan menyeru supaya sekolah agama dihapuskan.

2. Seorang lelaki yang dipercayai berbangsa cina dikenali sebahai Kelvin Yip (Facebook) telah mengeluarkan kata-kata kesat dan menyeru supaya pembesar suara tidak digunakan semasa sembahyang pada pukul 6.45 pagi Hari Raya Aidilfitri.

3. Seorang lelaki yang dipecayai berbangsa Cina dilihat di laman YouTube sedang menendang seorang lelaki Melayu kerana dipercayai telah meragut seorang wanita di stesen LRT Seri Petaling.

4.Beberapa orang lelaki yang dipercayai melayu dengan nama profil Persatuan Kongsi gelap melayu
(Facebook) membuat komen provokasi berkaitan pergaduhan antara kaum India dan Melayu di Klang dan menghasut orang melayu menyertai persatuan ini.

5. Seorang lelaki dipercayai berbangsa India dikenali sebagai Mohd Adam Asyiq Bin Balasubramaniam (Facebook) telah membuat komen yang menghina agama Hindu dan agama-agama lain kecuali Islam.

 Sumber : http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2014/08/08/orang-dikehendaki/

Tetak pelajar tahfiz: Penganggur ditahan sebar berita palsu dalam FB

 
Masih ingat kes penyebaran satu screenshot mengenai satu sebaran kononnya sekumpulan samseng india telah menyerang (memotong) 6 pelajar tahfiz??? .. Siap bagitau budak 5 tahun kena potong sekali.

SHAH ALAM 7 Ogos - Seorang penganggur ditahan oleh polis kerana disyaki menyebarkan berita palsu mengenai insiden tetak pelajar tahfiz dalam laman sosial Facebook baru-baru ini.

Lelaki berusia 23 tahun itu ditahan di rumahnya di Kampung Pandan, Ampang pada kira-kira pukul 1 pagi tadi. - UTUSAN ONLINE

Thursday, August 7, 2014

Tiada jaminan keselamatan terhadap pangkalan data kerajaan Malaysia



Tiada jaminan keselamatan terhadap pangkalan data kerajaan Malaysia daripada diceroboh oleh mana-mana pihak khususnya dalam aktiviti pengintipan selagi mana perkhidmatan jalur lebar negara dihubungkan dengan rangkaian dunia tanpa sempadan itu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sehingga kini Malaysia masih menggunakan rangkaian tadbir urus internet yang sama dan ia agak sukar untuk mengelakkan aktiviti pengintipan daripada berlaku.

"Selagi kita masih dihubungkan ataupun memilih untuk tadbir urus internet dalam rangkaian sedia ada, kita tidak dapat mengelak daripada berlaku perkara itu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Digital Malaysia State of the Digital Economy di pejabatnya,

Beliau berkata demikian ketika diminta memberi reaksi balas terhadap isu intipan pihak asing terhadap Malaysia khususnya Amerika Syarikat selepas perkara itu didedahkan oleh seorang bekas kakitangan Agensi Perisikan Pusat (CIA) pada April lalu.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery menambah, kerajaan hanya boleh mendidik masyarakat supaya membuat 'encryption' ke atas setiap data sebelum dimuat naik ke dalam pangkalan data khususnya data peribadi.

"Kita berusaha mendidik masyarakat dari segi keselamatan dan sekuriti supaya data yang dihantar dibuat 'encryption' kerana ada pihak yang berusaha untuk mencari jalan bagaimana untuk memecahkan kod-kod 'encryption' kita itu.

"Bukan saja oleh Amerika tapi tempat-tempat lain dan kita juga boleh untuk itu kalau kita ada keupayaan untuk mencari maklumat kepada negara-negara lain," katanya lagi

Tuesday, August 5, 2014

MS Excel : Nombor kepada Perkataan

 

Rujukan Lanjut : http://www.ablebits.com/office-addins-blog/2013/08/29/convert-numbers-words-excel/

KOD UNTUK RINGGIT MALAYSIA



Option Explicit
'Main Function
Function SpellNumber(ByVal MyNumber)
    Dim Ringgit, Sen, Temp
    Dim DecimalPlace, Count
    ReDim Place(9) As String
    Place(2) = " Ratus "
    Place(3) = " Juta "
    Place(4) = " Bilion "
    Place(5) = " Trilion "
    ' String representation of amount.
    MyNumber = Trim(Str(MyNumber))
    ' Position of decimal place 0 if none.
    DecimalPlace = InStr(MyNumber, ".")
    ' Convert cents and set MyNumber to dollar amount.
    If DecimalPlace > 0 Then
        Sen = GetTens(Left(Mid(MyNumber, DecimalPlace + 1) & _
                  "00", 2))
        MyNumber = Trim(Left(MyNumber, DecimalPlace - 1))
    End If
    Count = 1
    Do While MyNumber <> ""
        Temp = GetHundreds(Right(MyNumber, 3))
        If Temp <> "" Then Ringgit = Temp & Place(Count) & Ringgit
        If Len(MyNumber) > 3 Then
            MyNumber = Left(MyNumber, Len(MyNumber) - 3)
        Else
            MyNumber = ""
        End If
        Count = Count + 1
    Loop
    Select Case Ringgit
        Case ""
            Ringgit = "Tiada Ringgit"
        Case "One"
            Ringgit = "Satu Ringgit"
         Case Else
            Ringgit = Ringgit & " Ringgit"
    End Select
    Select Case Sen
        Case ""
            Sen = "   "
        Case "One"
            Sen = " dan satu sen"
              Case Else
            Sen = " dan " & Sen & " Sen"
    End Select
    SpellNumber = Ringgit & Sen
End Function
     
' Converts a number from 100-999 into text
Function GetHundreds(ByVal MyNumber)
    Dim Result As String
    If Val(MyNumber) = 0 Then Exit Function
    MyNumber = Right("000" & MyNumber, 3)
    ' Convert the hundreds place.
    If Mid(MyNumber, 1, 1) <> "0" Then
        Result = GetDigit(Mid(MyNumber, 1, 1)) & " Ratus "
    End If
    ' Convert the tens and ones place.
    If Mid(MyNumber, 2, 1) <> "0" Then
        Result = Result & GetTens(Mid(MyNumber, 2))
    Else
        Result = Result & GetDigit(Mid(MyNumber, 3))
    End If
    GetHundreds = Result
End Function
     
' Converts a number from 10 to 99 into text.
Function GetTens(TensText)
    Dim Result As String
    Result = ""           ' Null out the temporary function value.
    If Val(Left(TensText, 1)) = 1 Then   ' If value between 10-19...
        Select Case Val(TensText)
            Case 10: Result = "Sepuluh"
            Case 11: Result = "Sebelas"
            Case 12: Result = "Duabelas"
            Case 13: Result = "Tigabelas"
            Case 14: Result = "Empatbelas "
            Case 15: Result = "Limabelas"
            Case 16: Result = "Enambelas"
            Case 17: Result = "Tujuhbelas"
            Case 18: Result = "Lapanbelas"
            Case 19: Result = "Sembilanbelas"
            Case Else
        End Select
    Else                                 ' If value between 20-99...
        Select Case Val(Left(TensText, 1))
            Case 2: Result = "Duapuluh "
            Case 3: Result = "Tigapuluh "
            Case 4: Result = "Empatpuluh "
            Case 5: Result = "Limapuluh "
            Case 6: Result = "Enampuluh "
            Case 7: Result = "Tujuhpuluh "
            Case 8: Result = "Lapanpuluh "
            Case 9: Result = "Sembilanpuluh "
            Case Else
        End Select
        Result = Result & GetDigit _
            (Right(TensText, 1))  ' Retrieve ones place.
    End If
    GetTens = Result
End Function
    
' Converts a number from 1 to 9 into text.
Function GetDigit(Digit)
    Select Case Val(Digit)
        Case 1: GetDigit = "Satu"
        Case 2: GetDigit = "Dua"
        Case 3: GetDigit = "Tiga"
        Case 4: GetDigit = "Empat"
        Case 5: GetDigit = "Lima"
        Case 6: GetDigit = "Enam"
        Case 7: GetDigit = "Tujuh"
        Case 8: GetDigit = "Lapan"
        Case 9: GetDigit = "Sembilan"
        Case Else: GetDigit = ""
    End Select
End Function

HASILNYA

 



SEMINAR TEKNIK MENJAWAB ICT SPM - SMK CHINI & SMK CHINI 2