Tuesday, September 30, 2014

Backdoor.Padpin

Sindiket penggodam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) didapati menggunakan sejenis malware Trojan Horse dikenali sebagai Backdoor.Padpin yang hanya mensasarkan mesin ATM dengan membuka 'pintu belakang' sistem komputer terbabit.
Symantec Corporation  mendedahkan malware yang digunakan dikenali sebagai 'ulssm.exe..'.

'ulssm.exe..' adalah fail yang diaktifkan dalam sistem komputer berkenaan sebaik malware dimuat naik dan mula beroperasi.

Malware berkenaan akan memberi arahan untuk membuat pengeluaran wang yang masih terdapat di dalam mesin ATM yang digodam "Suspek" didapati membuka panel atas mesin ATM dipercayai tanpa menggunakan kunci, kemudian memasukkan satu cakera padat ke dalam pusat pemprosesan mesin itu yang kemudiannya akan 'reboot' sistem mesin ATM berkenaan," katanya malam tadi.

Maklumat yang diperoleh daripada jurutera bank mendapati sebanyak 40 keping wang boleh dikeluarkan dalam satu transaksi menggunakan cara berkenaan.

Backdoor.Padpin adalah sejenis malware dikenali sebagai Trojan Horse yang direka untuk menceroboh sistem keselamatan komputer dan berupaya melakukan tugasan tertentu.
Sebaik malware berkenaan dimasukkan, penggodam bukan saja berupaya memberi arahan menggunakan pad kekunci untuk membuat pengeluaran wang malah boleh menghentikan sistem penggera.

Backdoor.Padpin, yang mula dikesan pada bulan Mei 2014 turut berupaya 'memadam' dirinya sendiri jika gagal mengawal pad kekunci atau tempat pengeluaran wang.

 

Tuesday, September 23, 2014

Measat 3b


Satelit terbaharu Malaysia : Measat-3b



 
Satelit terbaharu Malaysia Measat-3b berjaya dilancarkan di Pusat Angkasa Lepas Eropah di Kourou, French Guiana pada 7.05 malam, waktu tempatan, Khamis (6.05 pagi waktu Malaysia, Jumaat).
Satelit komunikasi bernilai AS$350 juta (RM1.12 bilion) itu dilancarkan dalam cuaca panas tropika bertujuan meningkatkan kapasiti satelit Measat Satellite System Sdn Bhd.

Pelancaran itu turut disaksikan sekumpulan pegawai kanan kerajaan Malaysia dan sektor swasta termasuk rakan perniagaan utama Measat Global Berhad (Measat) serta 4 pelajar sekolah Menengah dari Terengganu.

Dengan pelancaran ini, Measat kini mempunyai 6 satelit di orbit.

Perbezaan waktu antara French Guiana dan Malaysia adalah 11 jam.

Measat-3b akan beroperasi sepenuhnya pada 15 Oktober, adalah satelit Measat ketiga yang dilancarkan penyedia perkhidmatan pelancaran satelit, Arianspace berikutan pelancaran Measat-1 dan Measat-2 pada 1996.

Dibangunkan pembuat satelit Airbus Defence and Space di Toulouse, Perancis, Measat-3b mempunyai jangka hayat kira-kira 15 tahun.

Satelit ini mempunyai 48 transponder, dengan setiap satu lebar jalurnya berkapasiti 36 megahertz (Mhz) sekali gus menjadikan keupayaan satelit Ku-band kepada 84 transponder daripada 36 sekarang. 
Ia akan melebarkan usaha Measat dalam perkhidmatan satelit penyiaran dan telekomunikasi di Malaysia, Indonesia, Australia dan Asia Selatan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari yang mengetuai sekumpulan 85 orang menyaksikan pelancaran itu, berkata kejayaan pelancaran Measat-3b satu lagi peristiwa penting dalam pembangunan sistem satelit Malaysia.

Jailani berkata, kejayaan pelancaran itu sebagai pendorong kepada industri kreatif Malaysia.
Katanya, Malaysia dan rantau Asia Pasifik yang lebih luas akan mendapat manfaat daripada usaha itu.    
Beliau berkata, Measat bersama inisiatif berterusan kerajaan menerusi Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi, akan menyediakan kemudahan kepada rakyat dalam mempertingkat hubungan dan liputan.
Jailani berkata, sektor lain juga akan berupaya meningkatkan mutu perkhidmatan dan mengurangkan kos, terutama dalam bidang pendidikan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan kerajaan.

Pelancaran satelit Measat-3b seberat 5,897kg itu yang hanya mengambil masa 48 minit untuk tiba di orbit, turut disiarkan secara langsung dan disaksikan 400 pelajar sekolah menengah di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Duta Besar Perancis di Malaysia Martine Dorance turut menyaksikan majlis pelancaran itu.

Sementara itu di Kourou, Duta Besar Malaysia di Perancis Tan Sri Ismail Omar, Pengerusi Measat Datuk Umar Abu dan Ketua Pegawai Eksekutif MEASAT Paul Brown-Kenyon antara yang hadir menyaksikan pelancaran itu.

Brown berkata, sebaik beroperasi, Measat-3b akan menjadi penyumbang utama kepada lanskap televisyen berbayar Asia, menyokong platform televisyen terus ke rumah (DTH), yang memenuhi keperluan lebih 18 juta isi rumah.

Beliau berkata, transponder 48 Ku-band berkuasa tinggi Measat-3b akan memperluas perkhidmatan DTH dan sistem perkhidmatan Very Small Aperture Terminal (VSAT) meliputi 2 bilion penduduk di seluruh Malaysia, India, Indonesia dan Australia.

Brown berkata, syarikat akan memberi tumpuan kepada pertumbuhan berterusan melalui penambahan satelit iaitu melancarkan satu satelit dalam tempoh setahun atau dua.

"Satelit ini merupakan yang terbesar dan termaju milik Malaysia setakat ini. Ia hasil kerjasama lebih 3 tahun antara Measat, Airbus Defence and Space, pengeluar satelit dan Arianespace," katanya.