Friday, July 25, 2014

Anonymous






Anonymous , kumpulan hackers No 1 didunia yang sering menyerang laman laman penting diseluruh dunia berulang kali.

Awal dari pembentukan kumpulan Anonymous ini sendiri bermula pada tahun 2003 yang berasal dari forum internet bernama 4Chan. Untuk misi yang dijunjung, kumpulan hacker ini menentang sensor dan pembatasan kebebasan berinternet pengawasan online yang berlebihan dilakukan oleh kerajaan / pemerintah.

Tak hairan jika kebanyakan serangan kumpulan Anonymous ini selalu ditujukan pada laman laman rasmi kerajaan.

Siapa Anonymous? Sehingga sekarang anggota kumpulan ini sangat sulit untuk dikenal pasti, bahkan tiada informasi yang tepat untuk dihuraikan siapa yang bergabung dengan kumpulan ini.Sangat sesuai dengan nama Anonymous, kumpulan hackers no 1didunia ini yang sangat merahsiakan identiti mereka.
Hackers No 1 didunia ini sehingga sekarang masih mampu untuk melumpuhkan laman web laman web yang penting seperti Bahagian Kehakiman AS, FBI, dan Motion Picture Association of America (MPAA). Anonymous juga pernah melakukan protest besar besaran seperti #Opisrael.

Semua Ahli Anonymous tidak mempunyai pejabat atau sebagainya.. mereka adalah sekumpulan orang yang berkumpul di mana-mana sahaja.. di dalam bas.. kereta api malah di tepi jalan..tetapi tujuan yang sama iaitu hendak mencapai apa yang di inginkan dan mengubah dunia.. tiada siapa boleh cakap anda ialah ahli Anonymous atau anda masuk atau anda keluar..

Untuk berinteraksi bersama Anonymous.. Mudah.. mereka hanya menggunakan social network yang terkenal dan hanya perlu mancari keyword ‘anonymous’ atau ‘anonops’ atau yang berkaitan dengan aktiviti Anonymous.


Lebih seribu laman web Israel digodam Anonymous

 

Lebih 1,000 laman web Israel digodam kumpulan Anonymous dalam serangan sibernya #OpSaveGaza sebagai tanda sokongan mereka terhadap rakyat Palestin.

Serangan siber besar-besaran itu diselaraskan pada 11 dan 17 Julai. Antara laman-laman web digodam termasuk kepunyaan Jabatan Polis Tel Aviv.

Serangan dilakukan melalui denial-of-service attacks (DDoS).

Laman-laman web lain kepunyaan kerajaan Israel juga digodam, di mana halaman web mereka digantikan dengan grafik, slogan dan fail audio yang selaraskan pasukan penggodam AnonGhost, menurut laporan ibtimes.co.uk

Fail audio yang berbentuk 'auto-play' itu memainkan muzik dan klip, dilampirkan mesej menyeru pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia dan penggodam aktivis lain untuk menyerang laman web Israel dan menjadi "Perisai siber, suara untuk rakyat yang telah dilupakan."

Sementara itu, laman web utama jabatan pekerjaan kerajaan Israel pula digantikan dengan grafik bertajuk "Akincilar" - rujukan kepada tentera Empayar Ottoman dalam bahasa Turki.

Laman-laman web yang digodam itu turut melampirkan mesej yang ditulis falam Bahasa Inggeris dan Turki serta gambar rakyat Palestin yang menderita.

Antara mesej yang ditulis - "Perjuangan Jerusalem adalah perjuangan umat Islam" dan "Mereka yang berjuang untuk Palestin berada di sisi Allah."

Selain itu, alamat emel daripada laman web kementerian Israel turut dibocorkan oleh penggodam.

Antara laman web tersebut ialah Kementerian Kehakiman, Kementerian Kebudayaan dan Sukan, Kementerian Perumahan dan Pembinaan, antara lain.

Sektor sosial dan perniagaan Israel juga tidak terkecuali dalam serangan siber tersebut.

Laman web yang dimiliki oleh restoran-restoran, pertubuhan-pertubuhan masyarakat, termasuk laman web simfoni orkestra juga diserang.

Bagaimanapun, sebahagian besar laman web yang digodam telahpun dipulihkan. Ini bukan kali pertama Anonymous menjalankan serangan siber besar-besaran ke atas Israel.

Pada bulan April, kira-kira 500 laman web Israel digodam dalam kempen #OpIsrael. Penggodam dilaporkan membocorkan nombor telefon dan alamat emel beberapa pegawai kerajaan Israel ketika itu lapor Astro Awani.

Friday, July 11, 2014

Protect Your Identity


Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709)

Akta Perlindungan Data  Peribadi 2010 (Akta 709)  atau APDP  merupakan salah satu bentuk perundangan siber yang  diperakukan dalam pelaksanaan Koridor Raya Multimedia (MSC). Akta ini merupakan matlamat Dasar Ke Sepuluh dinyatakan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu bagi menjamin keselamatan maklumat dan kebolehpercayaan dan keutuhan rangkaian.

Rang  Undang-Undang Perlindungan Data  Peribadi 2009  telah diedarkan pada September 2000  kepada agensi-agensi awam dan swasta untuk mendapatkan ulasan dan pandangan umum dan  telah diluluskan oleh Parlimen pada 5 April 2010 dan diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong pada 16 Jun 2010.

Objektif utama undang-undang ini adalah untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial oleh pengguna data dan melindungi kepentingan data peribadi umum.


Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP)

Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) merupakan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang ditubuhkan pada 16 Mei 2011 selepas Parlimen meluluskan Rang Undang-undang berkaitan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
(APDP) iaitu Akta 709.

Tanggungjawab utama Jabatan ini ialah untuk mengawalselia pemprosesan data peribadi individu yang terlibat dalam urus niaga komersial oleh Pengguna Data supaya tidak disalahguna dan disalahpakai oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Keselamatan data peribadi pengguna perlu dilindungi bagi mencegah sebarang bentuk penyalahgunaan terhadap penyimpanan atau pemprosesan data peribadi individu, awam dan swasta di Malaysia secara transaksi komersial adalah termaktub di bawah APDP ini.

Dalam menguatkuasakan APDP, JPDP telah mensyaratkan kepada semua Golongan Pengguna Data Peribadi yang terdiri daripada pihak individu mahupun swasta kecuali Kerajaan untuk berdaftar secara rasmi bagi tujuan melindungi hak-hak pengguna dan awam.

JPDP diketuai oleh Ketua Pengarah dengan dibantu oleh seorang Timbalan Ketua Pengarah. Manakala, terdapat tiga bahagian utama di JPDP iaitu Bahagian Pendaftaran dan Operasi,
Bahagian Pemantauan dan Bahagian Perundangan.


FUNGSI DAN PERANAN
Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia (JPDP) komited untuk mengawal selia dan menguatkuasakan Akta Perlindungan Data Peribadi dalam transaksi komersial berdasarkan Tujuh Prinsip Utama Perlindungan Data Peribadi demi mencapai kesejahteraan hidup rakyat Malaysia;
  1. Melindungi data peribadi individu supaya tidak disalahgunakan melalui Tujuh Prinsip Perlindungan Data Peribadi;
  2. Memastikan Pengguna Data mematuhi undang-undang perlindungan data peribadi supaya hak rakyat Malaysia sentiasa terpelihara;
  3. Menguatkuasakan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 (Akta 709) bagi membanteras penyalahgunaan data peribadi;
  4. Menjadikan Malaysia sebagai sebagai pusat komunikasi dan multimedia serta perdagangan elektronik yang mampu memberi jaminan perlindungan data peribadi mengikut piawaian antarabangsa;
  5. Menyelenggarakan proses fizikal dan elektronik bagi Daftar Pengguna Data, Forum Pengguna Data dan Tata Amalan yang teratur dan berkesan selaras dengan Bahagian X Akta 709 (Fasal 128 – 144);
  6. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan berkaitan perlindungan data peribadi;
  7. Mendokumentasikan dan menerbitkan hasil kajian serta bahan-bahan rujukan berkaitan perlindungan data peribadi;
  8. Merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan perlindungan data peribadi di Malaysia; dan
  9. Mengadakan jaringan kerjasama dengan agensi-agensi dari dalam dan luar negara berkaitan perlindungan data peribadi.
 Sumber : http://www.pdp.gov.my/index.php?lang=ms