Thursday, December 23, 2010

Pakar IT hina sultan ditahan

KUALA LUMPUR – Selepas lima bulan pasukan khas polis memburu dalang yang mewujud dan mengendalikan akaun laman sosial Facebook dengan menyiarkan pelbagai komen menghina institusi diraja Johor, suspek yang licik itu akhirnya ditahan di Sentul di sini baru-baru ini.

Lelaki berusia 40 tahun itu dicekup di sebuah rumah sewa di Bandar Baru Sentul pada pagi 29 November lalu.

Suspek yang menggunakan alamat e-mel, pendekar.bentan@gmail.com untuk akaun laman sosial itu telah memaparkan status dan komen-komen yang mempunyai unsur-unsur menghina institusi diraja Johor.

Turut dirampas dalam serbuan itu adalah lima telefon bimbit, gajet pembantu peribadi digital (PDA) pelbagai jenis, empat komputer riba dan perkakas komputer yang digunakan oleh suspek untuk menjalankan aktivitinya.

Monday, December 20, 2010

Kebangkitan Korea

Pembangunan pesat Korea Selatan pada hari ini sangatlah menakjubkan. Pada hal negara ini sama-sama menghadapi krisis kewangan pada tahun 1998 dulu. Korea Selatan kini menjadi penanda aras kepada kemajuan penggunaan teknologi semasa. Selain itu..nilai-nilai kebudayaannya juga mula diterima oleh seluruh dunia. K-Pop, K-Drama, fesyen semuanya berpaksikan dari sana.. Jika 10 tahun dulu..kita mungkin lebih terdedah kepada budaya jepun,namun kini 'jenama' korea ada dimana-mana. Perbezaan bahasa tidak menjadi penghalang sebagaimana kita dulu boleh menerima budaya bollywood melalui filem-filem mereka pada akhir 60-an dan zaman 70-an.

Facebooker tertua di dunia

WASHINGTON – Dengan menggunakan iPad, Lillian Lowe, seorang nenek berusia 103 tahun, baru saja mengupdate statusnya di akaun Facebooknya. Dia mengatakan jaring sosial tersebut adalah cara untuk tetap untuk berhubung dengan 7 cucu dan 13 orang cicitnya.

“Saya suka. Semuanya begitu menarik. Ini merupakan cara luar biasa untuk menemui hal yang kita inginkan. Saya menyarankan kepada semua nenek yang lain untuk terus berhubung dengan anggota keluarga lain,” ujar Lilian, seperti di The Sun, Jumaat (17/12/2010).

Lilian, bekas pekerja hotel dan peniaga, yang sangat mengingati peristiwa tenggelamnya Titanic pada 1912, memiliki 34 kawan di Facebook.


Dia selalu berborak melalui aplikasi chat, dengan cicitnya yang bernama Kaylee (10) dan suka melihat fotonya.

Awal perkenalan Lilian dengan Facebook bermula dari cucunya, Steve (47) yang menunjukkan laman tersebut dan meminjamkan iPadnya.

“Dia sangat tertarik pada apa yang dilakukan anak muda sekarang. Dia mungkin agak pelik pada awalnya terhadap kelakuan remaja tersebut di Facebook, tapi pada akhirnya dia mampu menanganinya dengan baik,” tutur Steve.

Lillian yang tidak pernah memiliki handphone, merupakan Facebooker tertua di dunia.Sebelum ini ,rekod tersebut dipegang oleh Ivy Bean (104) asal Bradford yang telah meninggal pada Julai 2010.

“Kami dapat memastikan bahwa wanita ini yang tertua, tapi Lillian menunjukkan kepada kita bahwa kita tidak akan terlalu tua untuk bergabung dengan Facebook,” kata juru bicara Facebook.

Laman web Yayasan 1Malaysia Digodam


PETALING JAYA: Penggodam telah meggodam web 1Malaysia dengan menulis slogan anti-Malaysia di laman utamanya.

Slogannya berbunyi, Ganyang Malaysia turut memaparkan gambar seorang lelaki Cina yang tidak dikenali berdiri di hadapan bendera Amerika Syarikat.

"Ganyang Malaysia" merupakan slogan yang biasa digunakan oleh kumpulan-kumpulan berhaluan kanan tegar Indonesia seperti Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera).

Tiada pertubuhan mengaku bertanggungjawab untuk serangan ini meskipun perkataan "Ahli Syurga Crew" tertera di penghujung laman itu.

Laman lain di laman web itu tidak terusik.

Dalam reaksi spontannya, pengerusi Yayasan 1Malaysia Chandra Muzaffar melahirkan rasa terkejut. Beliau memberitahu bahawa belum melawat laman webnya selama beberapa hari yang lepas dan tidak mengetahui perkara ini.

"Saya akan menelefon pejabat untuk mengetahui perkara selanjutnya," kata beliau kepada FMT.

Thursday, December 16, 2010

Bahan telah di Upload

Salam...saya telah uploadkan beberapa bahan yang ada dalam mediafire. Boleh klik di link sebelah. Sesiapa yang berminat bolehlah mengambilnya. Ada beberapa bahan lagi yang akan saya uploadkan kemudian.

TIME pilih Zuckerberg sebagai Person of The Year 2010

Majalah popular eropah Time magazine telah menobatkan pengasas merangkap CEO laman sosial terkenal dunia Facebook, Mark Zuckerberg sebagai "Person of the year 2010". Majalah itu percaya bahawa Mark Zuckerberg merupakan individu yang paling banyak mempengaruhi peristiwa-peristiwa yang berlaku sekitar tahun 2010.

Hartawan nombor 35 paling kaya di Amerika Syarikat itu juga telah menjadi subject di dalam sebuah filem 2010, The Social Network memperkukuhkan lagi populariti Facebook.

Namun begitu, undian yang dijalankan oleh Majalah Time menunjukkan bahawa undian pembaca terhadap manusia paling berpengaruh dunia dimenangi oleh pengasa Wikileaks, Julian Assange.

Anugerah tahunan majalah itu merupakan satu kemestian yang telah dilakukan oleh majalah itu semenjak tahun 1920 an lagi. Pemenang anugerah ini akan dipaparkan di halaman utama Majalah dalam edisi terbarunya.

Wednesday, December 15, 2010

Modern Marvel : Top Ten Technological Innovations of The Last Generation


Tengok Modern Marvel di History Channel semalam..episodnya mengenai 10 inovasi terbaik..

ini senarainya..

1. Internet (Faster communication, send and receive large amounts of information)

2. Cell Phones (Easier communication. One cellphone to every two people on Earth.)

3. Credit/Debit Cards (Replacing cash)

4. Renewable Energy (Replacing coal and oil energy.)

5. Robotics (Automated Assembling - Creating and assembling parts, products.)

6. Digital Systems (Anything digital. 1's and 0's. CD's, DVD's, Digital compression, Digital Cameras, Video games)

7. Lithium-ion Batteries (Light weight power supply for cellphones, computers, and cars.)

8. GPS (No more getting lost, better weapon systems.)

9. DVR, MP3 (No longer a slave to TV schedules or Radio.)

10. Bar Codes, RFID (Faster money transactions, record inventory, and prices.)

lihat sekeliling kita..secara tidak sedar kita semua bergantung kepada semua inovasi-inovasi ini...

Heboh kerana Wikileaks


Sejak kebelakangan ini kisah wikileaks banyak diperkatakan..ianya berkaitan dokumen-dokumen rahsia, kebocoran maklumat dan hak untuk mendapatkan maklumat yang sebenar. Kebocoran maklumat ini boleh mengakibatkan ketegangan dan menjejaskan boleh menjejaskan juga hubungan diplomatik bagi sesetengah negara..

sedikit info dari wikipedia:

Wikileaks ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang bertapak di Sweden yang menerbitkan dokumen-dokumen sulit yang didapati daripada sumber-sumber yang tidak diketahui dan maklumat Internet yang dibocorkan. Tapak webnya dilancarkan pada tahun 2006 dan dikendali oleh The Sunshine Press.Pertubuhan ini mendakwa ia diasaskan oleh para penentang politik China, wartawan, ahli matematik dan ahli teknologi syarikat baru dari Amerika Syarikat, Taiwan, Eropah, Australia dan Afrika Selatan.Menurut rencana akhbar dan majalah The New Yorker (7 Jun 2010), seorang wartawan dan aktivis Internet berbangsa Australia bernama Julian Assange adalah pengarahnya.Setahun selepas dilancarkan, tapak ini mengaku menyimpan dokumen melebihi 1.2 juta

Sunday, December 12, 2010

Netbook as a second Laptop..


Alhamdulillah diberikan rezeki untuk mendapatkan netbook ini..hadiahkan kepada isteri sempena ulangtahun perkahwinan kami hari ini...jadi tak payahlah nak mengusung laptop yang berat..senang nak bawak travel mana-mana...

HELLO WORLD!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...akhirnya dengan kelapangan masa dan ruang yang ada maka dapatlah saya membina blog ini. Perancangannya sudah lama tetapi tak cukup azam dan semangat nak memulakan kehidupan online ini.

Tujuan saya mengadakan blog ini adalah untuk berkongsi bahan terutama dalam subjek ICT dan ICTL. Banyak galakan dan dorongan rakan-rakan supaya saya meluaskan perkongsian ini

supaya dapat sama-sama mendapat manfaat dan mempeolehi ilmu yang baru..

Saya sebenarnya kurang mahir sedikit dalam ilmu berkaitan web, kurang berminat..insyaAllah saya akan cuba perbaikinya sedikit demi sedikit dan mohon maaf di atas kekurangan..