Tuesday, May 27, 2014

SuperSquad The Movie : Animasi 3D pertama negara yang mengunakan teknik ''Hybrid Motion-Capture"

Animasi SuperSquad The Movie yang dihasilkan oleh Netcarbon Sdn Bhd ini akan menjadi animasi 3D pertama negara yang dihasilkan mengunakan teknik ''Hybrid Motion-Capture" yang telah digunakan dalam filem Avatar dan juga Adventures of Tin-Tin. Ia dijangka akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula daripada Disember 2013 kelak. dan disusuli dengan tayangan antarabangsa melebihi 20 buah negara.

Supersquad The Movie adalah berdasarkan siri animasi supertots yang memenangi anugerah animasi 3D terbaik di Anugerah NEF-AWANI pada tahun lepas.

" Filem supersquad mengisahkan 3 orang adiwira, Kapten Danny, Elly dan Alan yang terpaksa merentasi masa ke zaman kini untuk menyelamatkan bumi dan ayah mereka Aaron, Apabila bumi diserang oleh makluk asing. Pengembaraan mereka menjadi kelam kabut apabila kapal mereka terhempas dan supersquad terpaksa berteduh disebuah kampung serta menyamar menjadi kumpulan rock kapak agar tidak dikejar oleh orang kampung. Untuk melengkapkan Supersquad, watak sasha dan Bling mengkalutkan lagi pengembaraan mereka.

Pelakon-pelakon terkenal seperti Dafi, Diana Danielle, Radhi Khalid, Na’a Murad, Elza Irdawaty, Megat Shahrizal, Maya Arisa Tan dan Marina Aris Tan akan menerajui watak utama Supersquad The Movie.

Monday, May 26, 2014

Perkataan “Selfie”, “Hashtag” Dan “Tweet” Akan Ditambah Pada Kamus Dewan


Kamus Dewan merupakan salah satu rujukan utama untuk pelbagai perkataan berbahasa Malaysia yang digunakan pengguna. Terkini, ia dilihat DBP bakal menambah tiga perkataan popular di era Internet ini ke dalam Kamus Dewan, iaitu “Selfie”, “Hashtag”, dan juga “Tweet”.

Ia dikatakan kemasukkan perkataan ini akan berdasarkan kepada ilmu leksikografi ataupun perkamusan memasukkan kosa kata yang digunakan secara meluas oleh para pengguna. Perkataan ini bakal menggunakan tanda “bp“, yang mana merupakan label kepada “bahasa percakapan” yang belum diterima sebagai “bahasa standard”.

Untuk makluman, “selfie” sebelum ini telah menjadi salah satu perkataan popular pada tahun 2013, yang mana merujuk kepada rakaman gambar diri-sendiri untuk dimuat-naik ke laman sosial. Sementara “Hashtag” pula memfokuskan kepada penggunaan simbol #, dan popular di laman sosial untuk memudahkan pencarian sesuatu topik dengan mudah.

“Tweet” pula seperti semua sedia maklum, merujuk kepada penghantaran teks pada laman sosial Twitter.

Sumber : BERNAMA

Phone Cloning

Friday, May 23, 2014

Bakal Disaman Pejalan Kaki Yang Menggunakan Peranti?


Kes kemalangan melibatkan pejalan kaki yang menggunakan peranti belum pernah kami dengar di Malaysia.
Tetapi, kemalangan sehingga melibatkan kematian akibat menggunakan peranti ketika memandu sudah kerap kali dilaporkan.

Justeru, satu undang-undang baru di Taiwan mungkin akan digubal bagi membenarkan pihak berkuasa menyaman pejalan kaki yang melintas jalan sambil menggunakan telefon pintar mereka.

Undang-undang yang pastinya akan mendatangkan kontroversi ini terpaksa digubal bagi menyedarkan orang ramai tentang bahaya melintas jalan sambil menggunakan peranti.

Kes kemalangan akibat amalan ini semakin meningkat di Taiwan. Terbaru, seorang pejalan kaki maut digilis teksi kerana terlalu khusyuk menggunakan peranti milik beliau.Pihak berkuasa kini sedang memperhalusi undang-undang ini bagi menetapkan syarat-syarat yang membolehkan pejalan kaki boleh disaman.

Namun, agak melucukan kerana nilai saman yang disarankan adalah NT 300 iaitu sekitar RM 34. Nilai denda yang dikenakan ini nyata terlalu rendah.

Di Malaysia, masalah pejalan kaki menggunakan peranti ketika melintas masih belum mencapai masalah kronik.

Adakah undang-undang serupa boleh digunapakai di negara ini sebelum kejadian maut menimpa?
Bak kata orang tua, lebih baik mengadah sebelum terhantuk.

Sumber : http://mynewshub.my/main/2014/05/14/taiwan-bakal-menyaman-pejalan-kaki-yang-menggunakan-peranti/

Wednesday, May 21, 2014

Tango Super PC : Komputer Bersaiz Telefon Pintar



 Sebuah syarikat berpangkalan di San Diego, California, Tiny Tango, telah berjaya mengeluarkan sebuah komputer PC bersaiz telefon pintar, namun tetap berkuasa seperti komputer bersaiz penuh. Tango terdiri daripada dua bahagian atau komponen iaitu PC dan stesen dok.

Bahagian pertama ialah PC tersebut yang bersaiz telefon pintar. Ia menempatkan CPU+GPU, papan induk, bateri, RAM dan SSD. Bahagian kedua ialah stesen dok yang menempatkan sumber kuasa, unit penyejuk dan port-port seperti USB, HDMI dan lain-lain.

 Cara penggunaannya ialah, pengguna boleh membeli seberapa banyak stesen dok yang diperlukan. Mungkin 1 untuk penggunaan peribadi, satu diletakkan berhampiran TV di ruang tamu dan satu lagi diletakkan di pejabat. Untuk menggunakannya, bahagian PC disambungkan kepada bahagian dok yang disambungkan kepada monitor/TV, keyboard dan mouse. Apabila disambungkan pengguna boleh menggunakan PC itu seperti biasa dan apabila pengguna perlu bergerak ke tempat lain, dia hanya perlu mencabut bahagian PC, tanpa mematikannya, dan dibawa ke tempat yang ingin dituju, contohnya ke pejabat.

Apabila dia sampai ke pejabat dia hanya perlu menyambungkan bahagian PC tersebut ke stesen dok di pejabat dan serta merta dia boleh menggunakan PC tersebut sebagaimana dia tinggalkan semasa di rumah tadi


Sumber : http://techkini.com/komputer/tango-super-pc/

FLIPHTML5 : Membina bahan digital

FLIP HTML5 is a Interactive html5 digital publishing platform that makes it easy to create interactive digital publications.



Tuesday, May 20, 2014

Nitro Pro 9


Nitro Pro (previously Nitro PDF Professional) is a desktop product that offers full PDF creation and editing capabilities

Some of the key features include:
  • Disables Adobe products once installed.
  • Lets you edit text, graphics, and the page arrangement.
  • Lets you modify text and graphics properties.
  • Converts PDF files to Microsoft Word, Microsoft PowerPoint, Microsoft Excel, JPEG (at a select DPI), PNG, TIFF or text files.
  • Viewing, creating and printing PDF files
  • Reviewing, commenting and adding markups to PDF documents
  • Creating and filling PDF forms
  • Converting paper-based files to searchable and editable PDF documents with OCR
  • QuickSign allows the user to scan a copy of their signature to stamp into any PDF documents
  • Nitro Cloud integration gives the user the ability to start collaboration, signing, and sharing workflows directly in the cloud.

Thursday, May 15, 2014

Google Self Driving Car




  The Google driverless car is a project by Google that involves developing technology for autonomous cars. The software powering Google's cars is called Google Chauffeur. Lettering on the side of each car identifies it as a "self-driving car". The project is currently being led by Google engineer Sebastian Thrun, former director of the Stanford Artificial Intelligence Laboratory and co-inventor of Google Street View. Thrun's team at Stanford created the robotic vehicle Stanley which won the 2005 DARPA Grand Challenge and its US$2 million prize from the United States Department of Defense. The team developing the system consisted of 15 engineers working for Google, including Chris Urmson, Mike Montemerlo, and Anthony Levandowski who had worked on the DARPA Grand and Urban Challenges.

 

Friday, May 9, 2014

Google Classroom

Classroom, a new, free tool in the Google Apps for Education suite. It helps teachers create and organize assignments quickly, provide feedback efficiently, and communicate with their classes with ease. Classroom is based on the principle that educational tools should be simple and easy to use, and is designed to give teachers more time to teach and students more time to learn.

 With Classroom, you'll be able to:
  • Create and collect assignments: Classroom weaves together Google Docs, Drive and Gmail to help teachers create and collect assignments paperlessly. They can quickly see who has or hasn't completed the work, and provide direct, real-time feedback to individual students.
  • Improve class communications: Teachers can make announcements, ask questions and comment with students in real time—improving communication inside and outside of class.
  • Stay organized: Classroom automatically creates Drive folders for each assignment and for each student. Students can easily see what’s due on their Assignments page.

Tuesday, May 6, 2014

Kempen Kesedaran Membenteras Cetak Rompak – “Detik Sepi”




Detik Sepi ini adalah untuk menggambarkan situasi cetak rompak hak cipta yang membimbangkan di negara ini. Industri Kreatif adalah industri yang penting dari sudut sumbangan kepada ekonomi justeru memelihara khazanah warisan budaya negara.

Walaubagaimanapun, cabaran utama yang terus membantutkan perkembangan Industri Kreatif ini adalah masalah cetak rompak yang masih berterusan sehingga kini. 

Anda boleh membantu dengan hanya melanggan produk serta perkhidmatan yang dilesenkan oleh Industri Kreatif. Membeli cakera optik cetak rompak atau memuat turun secara haram bukan sahaja menyekat rezeki ribuan karyawan dan pekerja di dalam Industri Kreatif tetapi juga bersubahat dengan penjenayah yang boleh dihukum denda, penjara atau kedua-duanya sekali. Bantulah Industri Kreatif dan marilah Bersatu Membanteras Cetak Rompak.

Pesanan “Detik Sepi” ini dibawa oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, Industri Kreatif dan pihak media.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.togetheragainstpiracy.my





Perlindungan Anti Cetak Rompak Di Malaysia Semakin Baik

Tahap perlindungan anti cetak rompak negara semakin baik dengan penguatkuasaan undang-undang harta intelek yang lebih tegas, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek.

Beliau berkata Malaysia telah mengambil daya usaha untuk membuat pindaan kepada undang-undang hakcipta sejajar standard antarabangsa.

"Negara telah mengambil langkah menambah perlindungan dan penguatkuasaan hak harta intelek dan mengeluarkan peraturan.

"Bagaimanapun, kita masih dilanda isu cetak rompak dan kerajaan mengambil langkah terbaik untuk membendungnya," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan kempen anti cetak rompak "Bersatu Membanteras Cetak Rompak" di sini hari ini.

Malaysia berada dalam senarai pemerhatian Wakil Perdagangan AS mengenai pelanggaran harta intelek sejak 1989, tetapi dikeluarkan daripada senarai itu pada 2012.

Hassan berkata kementerian amat serius dalam menghapuskan kegiatan cetak rompak dan akan mengambil tindakan tegas.

Bagi tempoh Januari hingga Mac 2014, sejumlah 11,704 tempat diserbu di seluruh negara melibatkan 235 kes dan merampas bahan tiruan bernilai kira-kira RM877,922.

Pada tahun lepas, sebanyak 98,311 tempat diserbu melibatkan 1,169 kes dengan bahan cetak rompak bernilai RM7.956 juta dirampas.

Hasan berkata kempen kesedaran termasuk berkaitan aspek undang-undang, kesan terhadap penggiat industri dan satu pesta mengenai kandungan hasil pengguna akan disiarkan tidak lama lagi.

Monday, May 5, 2014

XYplorerFree

  •  XYplorerFree, the XYplorer Free Edition, is a free feature-limited version of XYplorer. 
  •  No nags, no ads, no hassle. And no costs.
  • You may use XYplorerFree for commercial and non-commercial purposes. 
 Sumber : http://www.xyplorer.com/free.php



Thirty years of Mac ads (1984-2014)




 




How Fast is Your Connection


Saturday, May 3, 2014

Seminar Menjawab ICT : SMK Keratong, SMK Bantura

Terima kasih kepada semua guru dan peserta...semoga kita semua akan beroleh kejayaan..

Video Face Replacement

video face replacement Video Face Replacement

Pengacara TV Al-Hijrah, Amin Idris Diugut Sebar Video Panas




Penyampai stesen televisyen Al-Hijrah, Amin Idris,33 telah menjadi mangsa ugutan pihak yang cuba mengaibkan dirinya.

Dia diugut supaya membayar RM20,000 kepada seorang lelaki yang dikenali sebagai Steven Cruz jika tidak mahu tiga video pendek berkaitan dirinya disebarkan kepada umum.

Memetik Harian Metro, Steven memperkenalkan dirinya sebagai pegawai jabatan sumber manusia yang dilantik oleh beberapa pengurusan kilang di Filipina menerusi laman Facebook dan mahu menjemputnya ke sana bagi menyampaikan ceramah motivasi.

“Dia kemudian mengajak saya beralih kepada Skype kerana lebih mudah untuk berbincang melalui video dan tanpa mengesyaki apa-apa saya membuka akaun Skype semata-mata mahu memenuhi pelawaannya itu. 

“Patutlah sepanjang 10 minit perbualan kami melalui Skype, lelaki itu minta saya melakukan beberapa pergerakan badan. Rupa-rupanya dia rakam dan gunakannya untuk buat tiga video pendek yang mengaibkan saya,” jelasnya.

Friday, May 2, 2014

GoPro

GoPro adalah sebuah kamera kompak yang mampu merakam video dan juga imej pada resolusi maksimum 4K dan 12MP.
Kamera ini dilengkapi dengan pelbagai aksesori yang membuatkannya sesuai digunapakai bagi aktiviti ekstrem.

Gajet ini dilengkapi dengan fungsi SuperView™ iaitu mod rakaman video pada sudut perspektif yang lebih luas.

Fungsi Wi-Fi juga disediakan dalam kamera ini. Aksesori seperti monopod, housing dan mounting juga membolehkan penggunanya memaksimumkan penggunaan kamera GoPro.

Oleh kerana saiz yang kecil, GoPro boleh dipasang di mana-mana (asalkan guna aksesorinya), seperti di kepala, di atas atau tepi helmet, di bar basikal, di haluan  papan surfing, di dada, dan di posisi ekstrim lainnya.

Remote Wi-fi kamera ini juga kalis air dan boleh dikawal menggunakan smart-phone.

 Sumber : http://azlanvai.com/blog/cerita-pasal-gopro/