Tuesday, April 15, 2014

Teknologi Pencetak 3D



 

Mencetak Secara 3 Dimensi?
Fail-fail yang terdiri daripada rekaan produk boleh dicetak secara 3 Dimensi (3D) bagi dijadikan produk seperti mug dan alatan permainan menarusi pencetak khas 3 Dimensi.

Apa Itu Pencetak 3 Dimensi (3D Printer)?
Sebenarnya ini adalah satu proses pembuatan (manufacturing) yang menjadikan fail imej 3 Dimensi sebagai input untuk diterjemahkan menjadi produk fizikal yang diperbuat dari pelbagai bahan, dan bahan yang selalu digunakan kini adalah plastik.


Imej yang dijana oleh melalui program seperti Google Sketch, AutoCad dan Adobe Illustrator boleh dihantar ke pencetak 3 dimensi melalui sambungan USB, sama seperti penggunaan pencetak biasa bagi mencetak dokumen.


Bagaimana Pencetak 3 Dimensi Berfungsi?
Sama seperti pencetak biasa, Pencetak 3 Dimensi melakukannya berperingkat iaitu lapisan demi lapisan. Pencetak 3 Dimensi mencetak sesuatu objek dari permulaan iaitu bermula dari kosong. Sebagai contoh jika seseorang itu mencetak satu figura permainan, "dakwat" yang digunakan akan mencair sedikit demi sedikit sehinggalah proses ini menjadi lengkap sepenuhnya. Dalam hal mencetak secara 3 dimensi ini, "dakwat" yang dimaksudkan adalah diperbuat oleh plastik.


Berapa Kos Pencetak 3 Dimensi?
Tentunya teknologi ini masih lagi amat mahal bagi pengguna akhir. Pencetak bersakala kecil sekalipun masih lagi berharga dalam lingkungan RM3000 - RM6000 seunit di Amerika Syarikat.

Siapa Yang Menggunakan Teknologi ini?
Sesiapa sahaja yang berminat. Namun teknologi ini amat membantu golongan seperti Arkitek bagi menghasilkan model berskala kecil, manakala golongan pencinta seni menggunakannya untuk menghasilkan karya-karya seni. Terdapat juga situasi dimana seorang pakar bedah ortopedik memanfaatkan teknologi ini untuk membuat replika tulang pesakit sebagai persediaan untuk pembedahan yang bakal dijalankan.

Bagaimana Dengan Pelanggaran Hak Cipta?
Menurut peraturan hakcipta lama, mencipta sesuatu objek yang dianggap "berguna" tidak melanggar undang-undang kerana objek yang berguna itu boleh dipatenkan. Manakala mencipta semula karya seni adalah melanggar hak cipta.

Namun begitu hal ini masih lagi boleh diperdebatkan. Pastinya akan mengundang pelbagai kontroversi apabila ada pihak yang berkepentingan merasakan ianya tidak adil dan merugikan mereka.

Sumber : http://xlawsknowledges.blogspot.com/2012/03/teknologi-pencetak-3d.html

No comments:

Post a Comment