Istilah 32-bit ataupun 64-bit merujuk kepada cara komputer itu mengendalikan maklumat. Secara dasarnya, “Windows 64-bit” lebih efektif mengendalikan RAM yang besar berbanding “Windows 32-bit”.
Dengan kata lainnya, jika anda mahu menggunakan memori RAM besar
(4gb++) adalah sesuai gunakan WIndows 64-bit kerana ia memang dicipta
untuk menguruskan memori RAM yang besar.
Namun, bukan semua komputer yang boleh menyokong/support “Windows 64-bit”. Hanya komputer yang mempunyai chip processor tertentu sahaja. Contohnya “Intel i3 dan i5“. Langkah mudah untk periksa sama ada pc anda boleh menyokong atau support win64 adalah Start>Control Panel>System and Maintenance>Performance Informatioan and tools. Kemudian klik View and print details. Pada System section, anda boleh lihat jenis sistem yang sedang digunakan pada System Type. Manakala pada 64capable anda boleh lihat sama ada pc anda boleh menyokong/support atau tidak Win 64-bit. Jka PC yang telah menggunakan 64-bit, anda tidak boleh lihat seperti langkah di atas. Buat masa ini, hampir kesemua laptop/pc ada di pasaran telah menyokong/support “WIn 64-bit”.
Persoalannya, apa akan terjadi jika kita install program 32-bit dalm 64-bit? Kebanyakan perisian 32-bit boleh digunakan dalam win 64-bit. Namun, perisian seperti antivirus memerlukan versi program yang selari dengan sistem operasi(OS).
Jika terbalik? Install program 64-bit dalam Windows 32-bit? Jawapannya gagal. Hal ini kerana Win 32-bittidak dapat menyokong/support driver untuk program Win 64-bit.
Kesimpulannya, sekiranya PC/Laptop menggunakan RAM yang lebih atau sama besar dengan RAM 4G, anda dinasihatkn menggunakan Win 64-bit. Kesannya, adalah proses switch program/run program secara serentak akan lebih cepat dan pantas atau dengan kata lainnya kurang masa untuk loading.
Sumber : http://ptm.usim.edu.my/apa-itu-windows-32-bit-dan-64-bit
No comments:
Post a Comment