Monday, April 14, 2014
Hard Disk Partition
Katakan anda membeli hard disk bersaiz 80 GB, anda boleh ‘memecahkan’ saiz ruang hard disk ini kepada beberapa bahagian.
Bagi hard disk berkapasiti 80 GB, anda boleh membuat empat partition. Contoh kombinasi yang boleh dipakai ialah 20-20-20-20 GB ( iaitu saiz setiap satu bahagian ialah 20 GB) atau 20-20-30-10 atau kombinasi-kombinasi lain mengikut kesukaan anda. Anda juga boleh membuat sebanyak mana partition yang suka. Misalnya 8 partition dengan kombinasi 10-10-10-10-10-10-10-10 GB atau dua partition 40-40 GB.
Mengapa membuat partition?
Partition dibuat atas banyak sebab. Tetapi secara amnya ia dibuat bagi memudahkan urusan menyelia dan memperkemaskan lagi susunan fail-fail dalam hard dis.
Misalnya sebuah hard disk yang mempunyai empat partition; partition pertama adalah untuk meyimpan (install) sistem operasi, contohnya Windows. Partition kedua pula adalah untuk menyimpan fail-fail lagu, MP3 dan fail-fail media yang lain. Partiton ketiga pula adalah untuk menyimpan perisian (program) yang dipasang (install) seperti game dan partition terakhir adalah untuk menyimpan dokumen-dokumen penting atau gambar-gambar yang dirakam melalui kamera digital.
Dengan kata lain, partition dilakukan untuk memperkemaskan susunan fail-fail dalam hard disk.
Selain itu, partitioning adalah salah satu kaedah bijak dalam urusan penyelenggaraan (maintenance) hard disk itu sendiri. Misalnya, masa untuk melakukan defragement (penyusunan semula fail sistem operasi) adalah lebih singkat sekiranya dilakukan secara peringkat demi peringkat (partition demi partition) berbanding dengan defragment hard disk yang sama yang tidak mempunyai partition. Begitu juga halnya dengan formatting dan lain-lain.
Sumber : http://sharulnizam.wordpress.com/2011/04/08/apa-itu-hard-disk-partition/
Labels:
computer system,
LA 2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment