Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Khair Mohamad Yusof berkata, melalui VLE, guru bukan sahaja menyediakan tugasan kepada murid malah menyemak tugasan serta memberi ujian menerusi dalam talian.
“Dalam masa sama, pihak kementerian sendiri akan melihat semula isu jerebu ini dan mencari jalan memastikan PdP berjalan seperti biasa, salah satunya dengan menggunakan teknologi dalam talian. Jawatankuasa khas akan merancang memperkemas kini prosedur operasi standard (SOP) sedia ada,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan 2015.
VLE yang merupakan projek di bawah 1BestariNet, adalah platform berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.
No comments:
Post a Comment