Tahap perlindungan anti cetak rompak negara semakin baik dengan
penguatkuasaan undang-undang harta intelek yang lebih tegas, kata
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri
Hassan Malek.
Beliau berkata Malaysia telah mengambil daya usaha untuk membuat pindaan
kepada undang-undang hakcipta sejajar standard antarabangsa.
"Negara telah mengambil langkah menambah perlindungan dan penguatkuasaan hak harta intelek dan mengeluarkan peraturan.
"Bagaimanapun, kita masih dilanda isu cetak rompak dan kerajaan
mengambil langkah terbaik untuk membendungnya," kata beliau kepada
pemberita selepas melancarkan kempen anti cetak rompak "Bersatu
Membanteras Cetak Rompak" di sini hari ini.
Malaysia berada dalam senarai pemerhatian Wakil Perdagangan AS mengenai
pelanggaran harta intelek sejak 1989, tetapi dikeluarkan daripada
senarai itu pada 2012.
Hassan berkata kementerian amat serius dalam menghapuskan kegiatan cetak rompak dan akan mengambil tindakan tegas.
Bagi tempoh Januari hingga Mac 2014, sejumlah 11,704 tempat diserbu di
seluruh negara melibatkan 235 kes dan merampas bahan tiruan bernilai
kira-kira RM877,922.
Pada tahun lepas, sebanyak 98,311 tempat diserbu melibatkan 1,169 kes dengan bahan cetak rompak bernilai RM7.956 juta dirampas.
Hasan berkata kempen kesedaran termasuk berkaitan aspek undang-undang,
kesan terhadap penggiat industri dan satu pesta mengenai kandungan hasil
pengguna akan disiarkan tidak lama lagi.
No comments:
Post a Comment