Penyampai stesen televisyen Al-Hijrah, Amin Idris,33 telah menjadi mangsa ugutan pihak yang cuba mengaibkan dirinya.
Dia diugut supaya membayar RM20,000
kepada seorang lelaki yang dikenali sebagai Steven Cruz jika tidak mahu tiga
video pendek berkaitan dirinya disebarkan kepada umum.
Memetik Harian Metro,
Steven memperkenalkan dirinya sebagai pegawai jabatan sumber manusia yang
dilantik oleh beberapa pengurusan kilang di Filipina menerusi laman Facebook dan
mahu menjemputnya ke sana bagi menyampaikan ceramah motivasi.
“Patutlah sepanjang 10 minit perbualan kami melalui Skype, lelaki itu minta saya melakukan beberapa pergerakan badan. Rupa-rupanya dia rakam dan gunakannya untuk buat tiga video pendek yang mengaibkan saya,” jelasnya.
No comments:
Post a Comment