Detik Sepi ini adalah untuk
menggambarkan situasi cetak rompak hak cipta yang membimbangkan di negara ini.
Industri Kreatif adalah industri yang penting dari sudut sumbangan kepada
ekonomi justeru memelihara khazanah warisan budaya negara.
Walaubagaimanapun, cabaran utama
yang terus membantutkan perkembangan Industri Kreatif ini adalah masalah cetak
rompak yang masih berterusan sehingga kini.
Anda boleh membantu dengan hanya
melanggan produk serta perkhidmatan yang dilesenkan oleh Industri Kreatif.
Membeli cakera optik cetak rompak atau memuat turun secara haram bukan sahaja
menyekat rezeki ribuan karyawan dan pekerja di dalam Industri Kreatif tetapi
juga bersubahat dengan penjenayah yang boleh dihukum denda, penjara atau
kedua-duanya sekali. Bantulah Industri Kreatif dan marilah Bersatu Membanteras
Cetak Rompak.
Pesanan “Detik Sepi” ini dibawa oleh
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan,
agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, Industri Kreatif dan pihak media.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.togetheragainstpiracy.my
No comments:
Post a Comment