Tuesday, October 18, 2016

Punca Bateri Samsung Galaxy Note 7 Meletup Kini Didedahkan

Baru-baru ini kita di gemparkan dengan berita bateri model terbaharu dari Samsung meletup ketika sedang di cas. Ia menyebabkan syarikat pengeluar gergasi itu terpaksa menarik balik model mereka dari pasaran dunia.

Menurut Samsung, bateri yang meletup itu adalah bateri SDI yang dihasilkan oleh syarikat mereka sendiri. Dari tarikh pemasaran sehingga 1 September yang lepas, sebanyak 35 kes telah dilaporkan di seluruh dunia. Difahamkan, Samsung akan menggantikan bateri yang bermasalah itu dengan bateri ATL yang dikilangkan oleh syarikat dari China. Syarikat berpengkalan di Korea Selatan itu turut menjelaskan akan menghentikan pemasangan bateri SDI pada semua model Note 7.

Satu sumber mendakwa 70% daripada 2.5 juta keluaran Note 7 dipasang dengan bateri SDI milik Samsung itu. Selebihnya pula dipasang dengan bateri ATL keluaran China. Buat masa sekarang, Samsung akan membeli bateri tambahan dari ATL untuk dipasang pada model yang ditarik balik. Mereka juga akan mencari alternatif lain dengan membeli bateri dari LG Chem.

Samsung Electronics mengarahkan jualan Galaxy Note 7 dihentikan di seluruh dunia dan penukaran telefon akan dibuat.

Arahan itu berikutan kebimbangan keselamatan dan menasihatkan semua pelanggan untuk berhenti menggunakan peranti dengan segera.

Amaran dramatik dibuat dalam satu kenyataan bertulis kurang sebulan selepas pembuat telefon pintar terbesar di dunia itu membuat panggilan semula global bagi 2.5 juta Note 7 di dalam 10 pasaran berikutan aduan bahawa bateri lithium-ion yang meletup ketika dicaj.

Sehari sebelum ini, Samsung mengakui telah mengurangkan pengeluaran telefon pintar tersebut.
"Oleh kerana keselamatan pengguna menjadi keutamaan kami, Samsung akan menghentikan jualan dan pertukaran Galaxy Note 7 akan dilakukan.

"Manakala siasatan akan terus dilakukan," kata kenyataan itu.

Keputusan Samsung untuk menarik balik Note 7 daripada pasaran kali kedua dalam tempoh kurang dua bulan bukan sahaja menimbulkan keraguan terhadap kawalan kualiti tetapi boleh menjejaskan reputasi dan kewangan syarikat gergasi itu.

Penganalisis berkata, menghentikan jualan Note 7 akan menyebabkan Samsung kerugian sehingga AS$17 bilion (RM70.55 bilion) dan menjejaskan reputasi produk-produk telefon pintarnya yang lain.


No comments:

Post a Comment