Friday, September 30, 2016

Mahkamah Khas Siber






Susulan keputusan Kabinet yang bersetuju dengan penubuhan Mahkamah Khas Siber dan ianya beroperasi di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Kewujudan Mahkamah Khas Siber ini mampu mempercepatkan kes-kes berkaitan jenayah siber termasuk penggodaman, penipuan dalam perbankan, pemalsuan dokumen, fitnah, judi siber, pengintipan, pornografi dan seumpamanya. Ia sekaligus dapat membantu badan perundangan dan penguatkuasaan mengurangkan kadar jenayah di negara ini. Sebelum ini kes-kes berkaitan jenayah siber tidak diberi keutamaan memandangkan tiada hakim khusus yang mendengar kes-kes tersebut, maka dengan adanya Mahkamah Khas Siber ini kes-kes berkaitan siber dapat dilupuskan dengan lebih cepat.

Pada 27 dan 28 Ogos lalu seramai 27 orang hakim dari seluruh Malaysia telah mengikuti kursus khas di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP). Kursus itu telah mendapat kerjasama daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Kementerian Komunikasi dan Multimedia bersama pakar-pakar dalam dan luar negara bagi memberi latihan berkaitan jenayah siber.

Mahkamah Khas Siber ini akan dikendalikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang berpengalaman dengan Gred sekurang-kurangnya JUSA C. Bagi memastikan mahkamah ini berjalan lancar dan efisien satu garis panduan khusus bagi mengenai proses dan prosedur mahkamah khas ini akan dibuat dalam tempoh terdekat termasuk kod khas bagi jenayah siber.

Penubuhan Mahkamah Khas Siber tepat pada waktunya memandangkan trend jenayah siber pada masa ini memerlukan pengurusan kes yang cepat dan berkesan, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

SKMM menyambut baik penubuhan mahkamah itu yang memulakan operasinya 1 Sept lepas di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.

"SKMM berharap agar kes-kes siber yang disiasat oleh SKMM di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, terutamanya kes-kes penyalahgunaan media sosial dapat dibicarakan di Mahkamah Khas Siber ini dengan segera," kata SKMM

No comments:

Post a Comment