Monday, February 15, 2016

2016 : TEKNOLOGI DAN KERAJAAN MALAYSIA


Proses Perjalanan Ke Luar Negara Lebih Mudah

Telah diumumkan pada Belanjawan 2016 yang lepas, kerajaan mengatakan mereka akan mula melaksanakan permohonan visa secara atas-talian tidak lama lagi, dan dimulakan dengan beberapa buah negara untuk peringkat permulaan.

Melalui pelaksanaan ini, pengguna tempatan yang ingin ke Amerika Syarikat, India, China, Myanmar, Nepal, Sri Lanka dan Kanada boleh membuat permohonan visa secara atas-talian degan mudah tanpa perlu ke pejabat kedutaan seperti hari ini.

Disamping itu, sekitar pertengahan 2016 kelak, kerajaan turut akan memperkenalkan program e-visa yang memudahkan pengguna luar yang ingin melancong ke Malaysia.

 

Pendidikan Mengimplementasi Pengajaran Berkaitan Teknologi

Pengajaran berkaitan dengan bidang teknologi telah mula diimplementasi secara sedikit dan sedikit, dan pada tahun 2016, menyaksikan pengajaran subjek pengaturcaraan pada peringkat sekolah rendah.

Disamping itu, kerajaan juga turut dijangka lebih mengimplementasikan pengajaran dan pembelajaran atas-talian - termasuk menambah-baik sistem sedia ada.

Eksplorasi Angkasa Mendapat Perhatian

Pihak MOSTI dijangka berkongsi dan membentangkan perancangan mereka untuk program angkasawan kedua. Misi untuk program kali ini dijangka berbeza dengan misi asal sebelum ini. Kos belanja dijangka paling minimum sekitar RM100 juta

 

Kawalan Dan Membenarkan Perkhidmatan Internet Seumpama Uber

Kerajaan telah mula mengumpulkan maklumbalas awam mengenai perkhidmatan tempahan seperti Uber dan Grabcar, dan dijangka akan mengumumkan penyelesaian untuknya pada tahun ini. Beberapa perkhidmatan lain mungkin turut menerima tempias, apatah lagi dengan beberapa penyedia hotel bajet telah mengeluarkan komen terhadap perkhidmatan AirBNB

 

Akses Internet Yang Lebih Pantas Dan Lebih Luas

Selari dengan sasaran pihak SKMM, tahun ini bakal menyaksikan perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan tinggi terus diperluaskan liputannya - dan sama juga untuk perkhidmatan rangkaian 4G oleh syarikat telekomunikas. Menariknya, tahun 2016 juga bakal menyaksikan pihak Telekom Malaysia menyertai persaingan dalam arena jalur-lebar mudah-alih dengan lebih serius.
Kerajaan telah mengatakan mereka berhasrat untuk meningkatkan kelajuan internet luar bandar daripada 5Mbps kepada 20Mbps, dan telah memperuntukkan RM1.2 bilion untuk tujuan tersebut.

 Laman Web Agensi Kerajaan Lebih Terurus

Pada tahun lepas, kerajaan telah mengumumkan akan menutup lebih kurang 750 web sektor awam, dimana salah satu sebabnya adalah kerana ia tidak terurus dan dikemaskini. Dengan perubahan ini, ia dapat mengurangkan jumlah web agensi kerajaan di web - sekaligus memudahkan lagi pengguna untuk membuat rujukan berkenaan sesuatu perkara.

 

Wakil Rakyat Lebih Aktif Berinteraksi Melalui Laman Sosial


Beberapa desas-desus telah kedengaran yang mana pilihan-raya seterusnya, PRU14 bakal diadakan sekitar sebelum 2017 kelak. Walaupun ia masih tidak disahkan sepenuhnya, kita mungkin akan dapat melihat interaksi oleh wakil rakyat lebih aktif melalui laman sosial - dan penggunaan laman sosial dan arena internet dengan lebih aktif untuk permulaan kempen mendekatkan diri dengan rakya

No comments:

Post a Comment