Monday, January 11, 2016

Perwakilan Data



Perwakilan Data

Dalam perkomputeran, komputer menganggap semua data, nombor, huruf dan simbol adalah sebagai nombor. Malah, arahan komputer juga adalah berbentuk nombor ( bahasa mesin ).

Sistem pernomboran yang digunakan oleh komputer diwakilkan dalam sistem perduaan( binary ), perenambelasan ( hexadecimal ) dan perlapanan ( octal ). Komputer menggunakan digit perduaan untuk mewakilkan data iaitu 0 dan 1 biasanya disebut bit.



i. Bit

Unit utama elektronik bagi data digital. Bit ditulis dalam bahasa asas dua sebagai "1" atau "0".
Unit data terkecil yang boleh diproses oleh sesebuah komputer. Bit adalah singkatan bagi perkataan binary digit. 
 
Bit adalah nombor 1 dan 0. Nombor-nombor ini mewakili sistem binari. Ia akan mewakili arahan on dan off, true dan false atau yes dan no.

ii. Bait

Unit yang terbina dari gabungan bit-bit. Satu bait bersamaan dengan 8 bit. Bait mewakili 256 aksara yang terdiri daripada kombinasi 0 dan 1.
Satu bait mewakili satu aksara tunggal.

iii. Aksara

Satu aksara seperti S, K, Y, G, T, +, 7 dan % adalah bersaiz 8 bit yang bersamaan dengan 1 bait. Contohnya aksara S mewakili kod binari 01000110 yang hanya difahami oleh komputer.




Hubungan Perwakilan Data: bit, bait dan aksara.

Komputer hanya mengenali dua digit sahaja; 1 dan 0, sistem nombor ini dipanggil sistem perduaan atau lebih dikenali sebagai sistem binari. ( binary system)
Setiap digit 1 dan 0 dikenali sebagai bit dan merupakan unit terkecil untuk data yang diwakilkan oleh komputer. 
 
Satu bit sebenarnya tidak membawa apa-apa makna, namun kombinasi 8 bit dikenali sebagai bait (byte) dan boleh mewakilkan banyak data atau pun maklumat. Ini disebabkan gabungan 0 dan 1 yang berbeza di dalam 1 bait boleh mewakili sehingga 256 aksara berbeza ini termasuklah nombor, huruf besar, huruf kecil dan simbol-simbol tertentu. Kombinasi beberapa 0 dan 1 dipanggil Skema Pengekodan. 
 
Dua sistem pengekodan yang paling banyak digunakan ialah ASCII ( American Standard Code for Information Interchange), yang digunakan di dalam komputer peribadi dan minikomputer; dan EBCDIC ( Extended Binary Coded Decimal Interchange Code) yang digunakan di dalam komputer kerangka utama. 
 
Kedua-dua skema ini hanya boleh digunakan untuk mewakili huruf-huruf Roman ( A hingga Z ) dan nombor (1-9). Ia tidak dapat mewakili huruf-huruf bahasa lain seperti bahasa Arab, Cina, Tamil dan Jepun. 
 
Skema pengekodan untuk bahasa tersebut dipanggil UNICODE. Skema ini membolehkan kita menggunakan bahasa Arab, Cina, Tamil dan Jepun yang merangkumi 65536 aksara di dalam perisian pemprosesan perkataan dan perisian-perisian lain.

1 Bit = 0 dan 1 (On/Off)

1 Byte = 8 bit

8 Bit = 1 aksara ASCII dan EBCDIC

16 Bit = 1 aksara UNICODE

Pengenalan kepada Pengekodan Binari



Komputer menggunakan kod binari untuk berkomunikasi. Salah datu kod binari yang meluas digunakan adalah kod American Standard Code for Information Interchange ( ASCII ). Kod ini diterimapakai oleh hampir semua komputer dan mesin elektronik. 
 
Kebanyakan papan kekunci ( keyboard ) komputer telah dipiawaikan dengan ASCII. Jadual di bawah menunjukkan contoh kod ASCII bagi beberapa aksara.


Fungsi Kod ASCII



Apabila pengguna menekan sebarang butang aksara, nombor atau kawalan pada papan kekunci, ia akan menghasilkan kod ASCII untuk dihantar ke CPU bagi membolehkan komputer memprosesnya dan menyimpannya di ingatan utama. 
 
ASCII mempunyai 128 karakter dan simbol yang diwakili oleh 8 bit nombor asas dua. 32 karakter pertama dalam ASCII mewakili arahan ( command ) yang digunakan untuk tujuan kawalan.
Setiap aksara akan ditukar kepada bentuk nombor perduaan yang sepadan. Komputer akan memproses aksara sebagai bait. Apabila selesai memproses bait, perisian di dalam sistem akan menukarkan semua kepada bentuk yang difahami dan dipaparkan di skrin komputer. 
 
Oleh itu, fungsinya dapat dilihat sebagai:

  • ASCII membolehkan manusia berinteraksi dengan sebuah komputer.
  • ASCII membolehkan pengeluar-pengeluar komponen komputer mengeluarkan komponen yang boleh beroperasi dengan betul di dalam sebuah komputer. 
  • ASCII juga berfungsi untuk mencapai kesesuaian di antara pelbagai jenis peralatan pemprosesan data. Seterusnya ia membolehkan peralatan ini berkomuniksi di antara satu sama lain dengan sempurna.

Pengukuran Data 

Data, maklumat dan arahan yang disimpan pada peranti storan boleh diukur mengikut urutan seperti rajah di bawah: 

Unit terkecil dimulai dengan Bit, berasal dari perkataan Binary Digit terdiri daripada digit 0 dan 1 sahaja. 
 
Gabungan 8 bit menjadi 1 Bait. 1 Bait bersamaan dengan 1 aksara. 10 bait boleh bersamaan dengan 1 perkataan. 100 Bait boleh bersamaan dengan 1 ayat. 

Kilobait ( kb ) adalah kira-kira 1024 bait, 1 kilobait lebih kurang sama dengan satu perenggan jika anda membaca, manakala 100 kilobait akan sama dengan satu muka surat. 

Megabait (Mb) adalah kira-kira 1024 kilobait. 100 Megabait mungkin akan bersamaan dengan satu tajuk Ensiklopedia manakala 600 Megabait adalah bersamaan dengan jumlah data pada cakera CD-ROM. 

Gigabyte ( Gb ) adalah bersamaan dengan 1024 megabait. 1 Gigabyte data adalah hampir dua kali ganda jumlah data yang terkandung di dalam CD-Rom.
Terabait ( Tb ) adalah kira-kira satu trilion bait, atau 1024 Gigabait. Terabait boleh digambarkan dengan menyimpan kira-kira 300 jam video kualiti yang baik.




Rajah 2.1 Ukuran Data


sumber ; http://compsys6.blogspot.my/2012/11/perwakilan-data.html

No comments:

Post a Comment