Monday, January 4, 2016
DUNIA TEKNOLOGI SEPANJANG 2015
Telefon pintar mula menggunakan memori sehingga 4GB RAM.
Windows 10 diperkenalkan
Microsoft telah memperkenalkan Windows 10 secara rasminya pada tahun ini, menawarkan ia sebagai kemaskini percuma kepada semua pengguna Windows 7 dan Windows 8. Windows 10 juga membawakan rekaan sistem operasi yang selari untuk telefon pintar, tablet, komputer, televisyen, mahupun IOT.
GST diperkenalkan
Memberi kesan terhadap harga jualan peranti elektronik. kerajaan telah memperkenalkan GST - sekaligus memberikan kesan terhadap harga jualan peranti elektronik di Malaysia. Terdapat beberapa syarikat yang mengekalkan harga jualan mereka, sebaliknya sejumlah besar menaikkan harga jualan peranti mereka - termasuk komputer riba, tablet dan juga telefon pintar.
GST untuk prabayar.
GST juga turut diperkenalkan untuk prabayar, dan memerlukan pembeli membeli dengan penambahan harga jualan. Sebagai contoh, tambah-nilai RM10 dijual pada harga RM10.60.
Telefon pintar berspesifikasi tinggi mencapai harga melangkaui RM3000.
Harga jualan telefon pintar berspesifikasi tinggi semakin naik dengan drastik, dimana beberapa telefon pintar mencapai harga jualan melangkaui RM3000. Ini termasuk iPhone, Galaxy S6 Edge, BlackBerry Priv, dan juga Xperia Z5 Premium.
Telefon pintar dengan harga dibawah RM1000 menerima perhatian ramai.
Lebih ramai kini membeli peranti pada harga jualan dibawah RM1000, apatah lagi dengan spesifikasi yang ditawarkan membolehkan pengguna membuat tugasan asas, termasuk melayari web, permesejan, merakamkan gambar, dan beberapa yang lain. Xiaomi dan Asus menerajui dalam arena ini, selain Samsung yang mengukuhkan kedudukan dalam arena ini melalui Galaxy J.
Peranti menggunakan USB Type-C mula memasuki pasaran.
Melaluinya, ia membolehkan pengguna menghubungkan kabel secara terbalik tanpa masalah, dan turut boleh digunakan untuk tujuan pengecasan komputer.
Arena robotik mula menerima perhatian ramai.
Dunia robotik turut berkembang pada tahun ini, memperlihatkan pelbagai syarikat membuat pelaburan dalam arena robotik - dan turut memperlihatkan beberapa robot yang dibangunkan oleh mereka dalam bentuk prototaip.
Dron digunakan secara meluas - untuk fotografi dan penghantaran barang.
Selain robotik, dron turut menerima perhatian ramai - apatah lagi dengan harga jualannya yang rendah. Sejumlah jurugambar kini menggunakan dron untuk merakamkan gambar dari langit, disamping beberapa syarikat penghantaran yang membuat ujian penghantaran barangan menggunakan dron.
Kenderaan elektrik dan pemanduan sendiri mula dibangunkan oleh pelbagai syarikat automotif.
Sepanjang 2015, pelbagai syarikat automotif dan teknologi memperlihatkan kebolehan mereka dalam arena automotif. Beberapa syarikat turut menyasarkan untuk memasarkan kenderaan yang boleh dipandu secara automatik ini menjelang tahun 2020 kelak.
Kereta Tesla hadir ke Malaysia.
Tesla yang terkenal dengan kenderaan elektrik mereka, dan menawarkan pelbagai ciri-ciri baru melalui kemaskini perisian - kini turut hadir di Malaysia, dan digunakan oleh agensi kerajaan
Kepintaran buatan dan pembelajaran mesin menjadi fokus.
Dengan perkembangan teknologi dengan pantas, salah satu perkara baru yang turut diterajui oleh pelbagai syarikat adalah arena pembelajaran mesin dan juga kepintaran buatan. Google sendiri membuat pelaburan tinggi dalam arena ini, dan menawarkan kod sumber mereka secara terbuka - memperlihatkan data adalah lebih penting berbanding teknologi untuk pembelajaran pintar. Facebook turut mengintegrasikan teknologi kepintaran buatan pada aplikasi permesejan mereka.
Eksplorasi angkasa menarik perhatian ramai.
Eksplorasi angkasa pada tahun ini mula menerima perhatian ramai, apatah lagi dengan filem memfokuskan planet Marikh, dan juga beberapa penemuan menarik oleh NASA, seperti gerakkan cecair di Marikh.
Ramai pengeluar hadir dengan peranti boleh-pakai.
Peranti berhubung dan peranti boleh-pakai telah menjadi salah satu fokus utama pada tahun ini. Ramai pengeluar dari Asia yang hadir dengan peranti boleh-pakai berasaskan Android Wear, selain Apple dengan Apple Watch. Xiaomi turut tidak ketinggalan dengan memperkenalkan Mi Band Pulse mereka pada harga rendah
Perkhidmatan penstriman muzik dan video menerima perhatian ramai.
Perkhidmatan penstriman muzik dan video pada tahun ini dilihat mula mendapat perhatian ramai. Dengan akses rangkaian internet yang lebih pantas, pengguna kini tidak berkira untuk melanggan perkhidmatan muzik seperti Spotify, Deezer, Apple Music dan sebagainya. Pada masa yang sama, perkhidmatan iFlix turut menerima perhatian ramai, apatah lagi dengan penawaran akses kepada pelbagai siri-TV dan filem pada harga langganan serendah hanya RM8 sebulan.
Kontroversi Pengusaha Teksi, dengan Uber dan Grabcar.
Perkhidmatan tempahan teksi dan kenderaan menggunakan aplikasi sepertu Uber dan Grabcar menerima permintaan tinggi dikalangan pengguna. Ini membuatkan ia memberikan kesan terhadap pengusaha teksi, dan pada masa yang sama, pengusaha teksi meminta pihak SPAD mengambil tindakan supaya pihak Uber dan Grabcar melalui proses perundangan sama.
Perkhidmatan atas-permintaan (on-demand) berkembang dengan pesat.
Perkhidmatan atas-permintaan seperti Uber, FoodPanda, BeMalas, mula menerima perhatian dikalangan pengguna tempatan - apatah lagi dengan masa yang terhad dikalangan penduduk di kawasan bandar. Beberapa syarikat tempatan turut memfokuskan kepada penghantaran atau despatch, membolehkan penghantaran pada hari sama dilakukan oleh beberapa penyedia perkhidmatan.
Peranti realiti-maya menjadi fokus.
Peranti realiti-maya telah menerima perhatian sejak tahun 2014 yang lepas, dan pada tahun ini, pelbagai syarikat menyertainya. Ini termasuk Sony yang hadir mengumumkan PlayStation VR, HTC bekerjasama dengan Valve untuk HTC Vive, Microsoft dengan HoloLens, dan Samsung yang hadir dengan Gear VR pada harga lebih rendah.
Video Berbentuk 360-Darjah Diterbitkan Ramai.
Video berbentuk 360-darjah agak popular pada tahun ini, apatah lagi dengan kemudahan untuk merakamkannya. YouTube sendiri telah mengaktifkan sokongan tersebut pada perkhidmatan mereka, selain Facebook yang melakukan perkara sama. Melalui video 360, ia boleh dinikmati menggunakan peranti realiti-maya - atau pada masa yang sama, memasangnya pada peranti mudah-alih, dan mengerakkannya untuk melihat ke kiri dan kanan.
Lebih banyak video 4K diterbitkan.
Pada tahun lepas, kita telah melihat permulaan penerbitan kandungan pada resolusi 4K, dan tahun ini menyaksikan ramai penerbit kandungan mula mengambil kelebihan untuk menerbitkan video pada resolusi ini. Untuk memproses video 4K juga kini lebih mudah dan tidak begitu mencabar seperti setahun dua yang lepas.
Peranti 2-dalam-1 seperti Microsoft Surface hadir daripada pelbagai pengeluar.
Pada tahun ini, pelbagai pengeluar hadir dengan peranti 2-dalam-1 seumpama Surface - termasuk pengeluar peranti berasaskan Windows, dan juga Apple dengan iPad Pro, serta Google dengan Pixel C. Melalui rekaan peranti seumpama ini, ia membolehkan pengguna menghubungkan papan kekunci dan menggunakan ia sebagai komputer riba, atau menanggalkannya dan menggunakannya sebagai tablet.
Pelbagai Pengeluar Fokuskan Peranti Memfokuskan Permainan Video.
Permainan video sedia mempunyai peminatnya tersendiri, tidak kira pada konsol atau PC. Dalam arena komputer mudah-alih pula, kita sedia melihat beberapa jenama mempunyai penawaran mereka - dan tahun ini, Acer turut memfokuskan kepada arena permainan dengan keluarga Predator, selain Asus dan Dell masing-masing dengan keluarga peranti memfokuskan permainan mereka. HP juga turut hadir dengan komputer riba permainan terbaru mereka, selain Lenovo.
Pasukan DoTA2 kebangsaan dipanggil Taring ditubuhkan.
Dengan sukan elektronik yang mendapat perhatian ramai pada tahun ini, terutamanya di Malaysia - pihak kerajaan sendiri mengambil langkah untuk menyokongnya, dan telah menubuhkan sebuah pasukan kebangsaan, dipanggil sebagai Taring. Melalui sebuah pertandingan yang diadakan, Team SatuDuaTiga telah terpilih untuk menjadi pasukan Taring pertama dan akan membawa bendera Malaysia dalam pertandingan DoTA 2.
Persatuan Sukan Elektronik Malaysia Ditubuhkan.
Dengan penerimaan tinggi dalam arena sukan elektronik, di Malaysia, Persatuan Sukan Elektronik turut ditubuhkan. Melaluinya, ia membolehkan mereka memantau arena sukan elektronik tempatan, dan pada masa yang sama menjaga kebajikan pemain, serta mendidik mengenai sukan elektronik.
Perkhidmatan 4G Ditawarkan Dengan Lebih Meluas.
Pada tahun ini, kita menyaksikan hampir kesemua telefon pintar hadir dengan sokongan rangkaian 4G. Pada masa yang sama, kita juga turut melihat persaigan positif di kalangan syarikat telekomunikasi tempatan. Kini, 4G bukan lagi hanya terhad kepada Lembah Klang, tetapi boleh diakses di hampir kebanyakkan bandar utama seluruh negara.
E-Dagang terus berkembang pesat.
Arena e-dagang di Malaysia terus berkembang pesat sepanjang tahun 2015, menyaksikan penyertaan pelbagai syarikat gergasi untuk memudahkan pengguna mendapatkan produk mereka. Pelbagai jenama teknologi melancarkan kedai atas-talian rasmi mereka, termasuk Microsoft, Acer dan sebagainya. Marketplace paling popular masih dipegang oleh Lazada, tetapi 11Street telah mula memberikan persaingan sengit untuk Lazada.
Beberapa Pengambil-Alihan Besar Berlaku.
Seperti setiap tahun, 2015 turut menyaksikan beberapa syarikat diambil-alih pada nilai yang tinggi.
· Western Digital mengambil-alih Sandisk.
· Activison Blizzard mengambil-alih penerbit Candy Crush Saga, KING.
· iProperty dari Malaysia diambil-alih syarikat subsidiari News Corp.
· Nokia mengambil-alih Alcatel-Lucent.
· Nokia menjual HERE kepada Audi, BMW dan Mercedes.
Disamping itu, pihak Google turut membuat penstrukturan semula syarikat, dan kini beroperasi dibawah Alphabet.
Sekuriti dan keselamatan data pengguna turut menjadi fokus utama.
Pelbagai masalah sekuriti dan kerentanan ditemui pada tahun ini. Salah satu perkara yang menjadi fokus ramai adalah serangan MiTM, yang mana hadir terbina pada komputer riba Lenovo dan Dell. Microsoft sendiri telah mengatakan mereka akan mengatasi perkara ini bermula tahun 2016 kelak. Peranti Android juga turut terjejas dengan beberapa masalah sekuriti, dan beberapa pengeluar telah mula memperkenalkan kemaskini bulanan.
Sumber : https://amanz.my/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment