Thursday, December 1, 2016

Telefon Altitude untuk guru-guru seluruh Malaysia



Image result for yes altitude



Guru-guru di seluruh Kuala Lumpur telah dibekalkan peranti Attitude oleh pihak YTL bagi projek VLE Frog Fasa 2. Negeri-negeri lain akan menyusul secara berperingkat.

Objektif pemberian ini adalah untuk memperkasa Pendidikan Malaysia

1. Setiap guru akan menerima phone yang telah didaftarkan akaun Yes.

Telefon diberi bersama 2Gb data setiap bulan untuk tujuan pdp dan VLE. Guru hanya perlu menyambung phone laptop untuk membina site dan hantar tugasan kepada murid VLE di mana sahaja.

Data tambahan juga diberikan sebanyak 2GB sebulan. Data ini boleh diakses secara berasingan. Guru hanya perlu menggunakan dongle atau peranti YES yang lain untuk menggunakannya. Hanya masukkan id dan passwordYES.

2. Panggilan dan SMS percuma ke semua nombor YES tanpa had.

3. Phone adalah menjadi tanggungjawab guru dan hak milik YTL.

4. Phone perlu diserahkan kepada sekolah apabila tamat perkhidmatan atau bersara.

5. Dalam phone tersebut, guru-guru diminta muat turun aplikasi khas untuk penggunaan Frog VLE iaitu Frog Assignment, Frog Snap, Frog chat. Aplikasi membantu guru mengakses VLE dengan mudah dan pantas.

6. Di masa akan datang, wifi akan di disabled dari zoom. Hanya peranti yang telah didaftarkan sahaja boleh mengakses interner menggunakan Zoom.

7. Guru perlu bersedia dan segera berubah ke arah aplikasi ICT dgn inisiatif kementerian ini.

Semuanya utk meningkatkan kualiti pendidikan.

Tuesday, November 22, 2016

Rakyat Malaysia Menghabiskan 14 Jam Sehari Menggunakan Peranti Digital


Image result for digital device user

Pengguna digital Malaysia menghabiskan secara purata 14 jam sehari melalui peranti digital dengan 87 peratus daripada mereka di Internet.

Menurut Ernst & Young Advisory Sdn Bhd (EY), yang juga anggota pertubuhan global EY, bagaimanapun, terdapat persepsi jurang pada kematangan, pengalaman dan kemampuan Malaysia.

Kajian dalam taliannya, Asia-Pacific: Digital Nations 2016 di bawah tajuk Decoding the Malaysian Digital DNA: From Smart to Savvy menunjukkan 80 peratus daripada responden menggunakan media sosial/jaringan pada setiap hari untuk membuat tinjauan dalam talian yang berkaitan dengan sesuatu produk dan perkhidmatan.

Bagaimanapun, lebih separuh daripada mereka berpendapat ekonomi digital Malaysia masih ketinggalan berbanding negara maju. Mereka melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan kualiti kelajuan Internet dan kos data yang masih mahal,” kata EY dalam satu kenyataan .

Kaji selidik itu menunjukkan keselamatan siber masih menjadi kebimbangan utama dengan 83 peratus daripada responden mahukan organisasi terbabit mendedahkan bagaimana mereka menggunakan maklumat dalam talian manakala 69 peratus lagi mencari penguatkuasaan undang-undang ke atas maklumat pelanggan.

Tuesday, November 8, 2016

Surface Studio

 Image result for Surface Studio
 Microsoft Surface Studio sebelum ini dikhabarkan merupakan sebuah desktop modular. Namun kini setelah ia dilancarkan, ia kelihatan lebih dari setakan sebuah desktop modular. Peranti ini menggabungkan paparan PixelSense dengan Surface Hub.

Kehadiran dektop ini sudah pasti akan menggugat kewujudan iMac sebagai desktop untuk para pereka grafik dan pakar fotografi. Microsoft Surface Studio mengambil ilham dari kejayaan tablet Surface Pro, sekaligus memberi ilham kepada para mengeluar OEM seperti HP dan Dell untuk memikirkan semula cara ia merekabentuk produknya.

Surface Studio dilengkapi skrin PixelSense 28 inci dangan nisbah aspek 3:2 dan resolusi 4,500 x 3,000 (192 ppi). Ia juga dilengkapi pilhan pemproses Intel Skylake Core i5 atau i7 di mana model i5 dipasangkan dengankad grafik Nvidia GeForce GTX 965M, manakalah model i7 memberi anda pilihan kad grafik GTX 965M atau GTX 980M.

Memang jelas PC ini direka untuk para pereka grafik dan ahli fotografi, namun prestasi grafiknya juga membolehkan para gamer turut serta memilikinya, walaupun kami pasti para gamer tentu mahukan sesuatu yang mudah dinaiktaraf dan diubahsuai serta skrin dengan nisbah aspek 16:9.

Dari segi port, ia dilengkapi 3 port USB 3.0, pembaca kad SD, port MiniDisplay, port ethernet dan jek fon kepala. Malangnya port USB-C tidak disertakan.

PC ini juga didatangkan dengan Surface Keyboard (akan diterangkan dalam pos berasingan), Surface Mouse dan Surface Pen serta Windows 10 Pro. Ia juga boleh digunakan dengan Surface Dial (akan diterangkan dalam pos berasingan). Harganya bermula dari USD2,999.

Sumber : http://techkini.com/komputer/microsoft-surface-studio-dilancarkan/




Jack Ma dilantik penasihat ekonomi digital kerajaan Malaysia


 Image result for jack ma dilantik penasihat

Pengerusi Eksekutif Alibaba dan usahawan internet, Jack Ma dilantik penasihat ekonomi digital kepada kerajaan, umum Datuk Seri Najib Razak.Perdana Menteri berkata demikian dalam ucapannya ketika melancarkan Pavilion Alitrip Malaysia Tourism di China World Hotel, Najib berkata, beliau tidak sabar untuk berkongsi berita gembira mengenai perkara itu.

"Jack Ma sudah menerima pelawaan untuk menjadi penasihat kepada Kerajaan Malaysia mengenai ekonomi digital. "Beliau akan menasihatkan kita dan membantu dalam menerokai, memajukan dan menentu hala tuju masa depan kita dalam sektor ini," katanya.

Najib berkata, Ma juga bersetuju menyertai Forum Transformasi Global Malaysia ketika lawatannya ke negara ini ketika berlangsungnya persidangan e-Free Trade Zone, Mac tahun depan. "Kita berusaha pantas untuk menjadikan perkara ini (ekonomi digital) sebagai kenyataan," katanya.

Pengasas Alibaba, Jack Ma amat teruja dengan tugas yang diberikan kepada beliau.Ma berkata beliau melihat ke hadapan yang mana Malaysia akan melancarkan Zon Perdagangan Bebas Digital pada 2017 dengan bantuan beliau dan tahun-tahun akan datang.

Ma berkata berdasarkan rangkaian sosial, rakyat Malaysia adalah peramah kerana purata rakyat Malaysia mempunyai 235 rakan di dalam rangkaian sosial, dan ini menunjukkan bagaimana rakyat Malaysia menilai persahabatan.

Justeru, beliau berkata terdapat keperluan bagi teknologi aplikasi dan interaktif yang baharu untuk golongan muda berhubung dan bersama membina tempat tinggal yang lebih aman.

Bercakap mengenai Malaysia, Ma melahirkan cintanya kepada negara itu yang mana beliau menikmati percutian yang menarik dengan makanan yang lazat, budaya dan tempat menarik untuk dikunjungi.

"Dua ribu tahun dahulu, orang China datang ke Malaysia untuk meneruskan kehidupan, kini 2,000 tahun kemudian orang China patut mengunjungi Malaysia untuk berehat," katanya sambil berseloroh.

Wednesday, October 26, 2016

2017 : Tahun Ekonomi Internet untuk Malaysia.


Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan lima pemangkin strategik bagi menjadikan 2017 sebagai Tahun Ekonomi Internet untuk Malaysia.

Perdana Menteri berkata, lima pemangkin untuk agenda berkenaan adalah mikrokosma fizikal, pembiayaan modal berisiko, perhubungan, pembangunan bakat dan rangka kerja kawal selia.

Kata beliau, Hab Digital Malaysia juga akan diwujudkan untuk menyokong mikrokosma fizikal iaitu satu kluster bagi ekonomi internet yang terdiri daripada syarikat-syarikat berbentuk ‘start-up’, ‘scale-up’ dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Saya tiada keraguan bahawa revolusi industri keempat ini adalah pemangkin bagi membawa Malaysia lebih hampir menjadi negara berpendapatan tinggi,” katanya dalam ucapan penutup Mesyuarat Majlis Pelaksana Koridor Raya Multimedia (MSC) ke-28 di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dan timbalannya, Datuk Jailani Johari (kiri).

Dalam majlis tersebut, Perdana Menteri turut menyempurnakan pelancaran Pelan Hala Tuju Strategik e-Dagang Kebangsaan yang bermatlamat meningkatkan pertumbuhan e-dagang dalam negara daripada 10.8 peratus ketika ini kepada 20.8 peratus menjelang 2020.

Mengulas mengenai mesyuarat yang diadakan hari ini, Najib berkata, beliau amat berpuas hati dengan peranan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dalam menarik pelaburan berjumlah RM304 bilion kepada MSC Malaysia dan mencipta sebanyak 160,000 pekerjaan.

“Hasil komitmen MDEC, ekonomi digital Malaysia telah menyum­bang sebanyak 17.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNKK), hampir mencapai sasaran 18.2 peratus yang kita telah tetapkan untuk 2020,” katanya.

Jelas Najib, bagi menjadikan ekonomi internet negara lebih berdaya saing, satu kategori baharu pekerja asing MSC akan diperkenalkan iaitu Usahawan Berpengetahuan Teknologi Asing (FKE) untuk menarik kehadiran usahawan-usahawan bertaraf global.

Kadar Penembusan Jalur Lebar Capai 76.8 Peratus



 
Kadar penembusan jalur lebar isi rumah di seluruh negara mencapai 76.8 peratus sehingga suku kedua tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Beliau berkata usaha sedang dilakukan bagi meningkatkan lagi penembusan jalur lebar dengan peruntukan RM1 bilion yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2017, Jumaat lepas.

"Kita akan memastikan kawasan di negara ini mendapat manfaaat daripada peruntukan berkenaan," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Jailani menjawab soalan tambahan Datuk Jumat Idris (BN-Sepanggar) yang ingin tahu bila penembusan jalur lebar akan dapat meliputi seluruh kawasan di negara ini.

Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM1 bilion bagi meningkatkan liputan dan kualiti jalur lebar seluruh negara mencapai 20 megabit sesaat pada pembentangan Bajet 2017.

Menjawab soalan asal Jumat mengenai perancangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia memperluaskan jaringan internet di kawasan tanah tinggi seperti di Inanam, Sabah, Jailani berkata setakat ini sebanyak 6,584 sambungan port telah tersedia di bawah projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) di kawasan itu.

Katanya sebanyak 49 struktur komunikasi juga telah tersedia yang dapat memberi liputan jalur lebar mudah alih di kawasan berkenaan.

"Dengan terlaksananya kesemua inisiatif ini, capaian untuk jaringan internet dapat dipertingkatkan, sekali gus memanfaatkan penduduk setempat yang tinggal di Parlimen Sepanggar yang meliputi kawasan tanah tinggi seperti di Inanam," katanya.

-- BERNAMA

Nintendo Switch


 Image result for nintendo switch

Nintendo akhirnya telah melancarkan konsol permainan video terbaharunya, Nintendo Switch.

Nintendo Switch itu yang dilihat boleh dimainkan sebagai sebuah konsol ruang tamu, ataupun secara mudahalih, menjadikannya sebuah konsol serba boleh. Peranti sebesar tablet itu didatangkan dengan dua buah alat kawalan yang boleh ditanggalkan dari unit utama dan unit utama itu turut dilengkapi kickstand.