Tuesday, November 8, 2016

Jack Ma dilantik penasihat ekonomi digital kerajaan Malaysia


 Image result for jack ma dilantik penasihat

Pengerusi Eksekutif Alibaba dan usahawan internet, Jack Ma dilantik penasihat ekonomi digital kepada kerajaan, umum Datuk Seri Najib Razak.Perdana Menteri berkata demikian dalam ucapannya ketika melancarkan Pavilion Alitrip Malaysia Tourism di China World Hotel, Najib berkata, beliau tidak sabar untuk berkongsi berita gembira mengenai perkara itu.

"Jack Ma sudah menerima pelawaan untuk menjadi penasihat kepada Kerajaan Malaysia mengenai ekonomi digital. "Beliau akan menasihatkan kita dan membantu dalam menerokai, memajukan dan menentu hala tuju masa depan kita dalam sektor ini," katanya.

Najib berkata, Ma juga bersetuju menyertai Forum Transformasi Global Malaysia ketika lawatannya ke negara ini ketika berlangsungnya persidangan e-Free Trade Zone, Mac tahun depan. "Kita berusaha pantas untuk menjadikan perkara ini (ekonomi digital) sebagai kenyataan," katanya.

Pengasas Alibaba, Jack Ma amat teruja dengan tugas yang diberikan kepada beliau.Ma berkata beliau melihat ke hadapan yang mana Malaysia akan melancarkan Zon Perdagangan Bebas Digital pada 2017 dengan bantuan beliau dan tahun-tahun akan datang.

Ma berkata berdasarkan rangkaian sosial, rakyat Malaysia adalah peramah kerana purata rakyat Malaysia mempunyai 235 rakan di dalam rangkaian sosial, dan ini menunjukkan bagaimana rakyat Malaysia menilai persahabatan.

Justeru, beliau berkata terdapat keperluan bagi teknologi aplikasi dan interaktif yang baharu untuk golongan muda berhubung dan bersama membina tempat tinggal yang lebih aman.

Bercakap mengenai Malaysia, Ma melahirkan cintanya kepada negara itu yang mana beliau menikmati percutian yang menarik dengan makanan yang lazat, budaya dan tempat menarik untuk dikunjungi.

"Dua ribu tahun dahulu, orang China datang ke Malaysia untuk meneruskan kehidupan, kini 2,000 tahun kemudian orang China patut mengunjungi Malaysia untuk berehat," katanya sambil berseloroh.

No comments:

Post a Comment