Saturday, May 3, 2014

Seminar Menjawab ICT : SMK Keratong, SMK Bantura

Terima kasih kepada semua guru dan peserta...semoga kita semua akan beroleh kejayaan..

Video Face Replacement

video face replacement Video Face Replacement

Pengacara TV Al-Hijrah, Amin Idris Diugut Sebar Video Panas




Penyampai stesen televisyen Al-Hijrah, Amin Idris,33 telah menjadi mangsa ugutan pihak yang cuba mengaibkan dirinya.

Dia diugut supaya membayar RM20,000 kepada seorang lelaki yang dikenali sebagai Steven Cruz jika tidak mahu tiga video pendek berkaitan dirinya disebarkan kepada umum.

Memetik Harian Metro, Steven memperkenalkan dirinya sebagai pegawai jabatan sumber manusia yang dilantik oleh beberapa pengurusan kilang di Filipina menerusi laman Facebook dan mahu menjemputnya ke sana bagi menyampaikan ceramah motivasi.

“Dia kemudian mengajak saya beralih kepada Skype kerana lebih mudah untuk berbincang melalui video dan tanpa mengesyaki apa-apa saya membuka akaun Skype semata-mata mahu memenuhi pelawaannya itu. 

“Patutlah sepanjang 10 minit perbualan kami melalui Skype, lelaki itu minta saya melakukan beberapa pergerakan badan. Rupa-rupanya dia rakam dan gunakannya untuk buat tiga video pendek yang mengaibkan saya,” jelasnya.

Friday, May 2, 2014

GoPro

GoPro adalah sebuah kamera kompak yang mampu merakam video dan juga imej pada resolusi maksimum 4K dan 12MP.
Kamera ini dilengkapi dengan pelbagai aksesori yang membuatkannya sesuai digunapakai bagi aktiviti ekstrem.

Gajet ini dilengkapi dengan fungsi SuperView™ iaitu mod rakaman video pada sudut perspektif yang lebih luas.

Fungsi Wi-Fi juga disediakan dalam kamera ini. Aksesori seperti monopod, housing dan mounting juga membolehkan penggunanya memaksimumkan penggunaan kamera GoPro.

Oleh kerana saiz yang kecil, GoPro boleh dipasang di mana-mana (asalkan guna aksesorinya), seperti di kepala, di atas atau tepi helmet, di bar basikal, di haluan  papan surfing, di dada, dan di posisi ekstrim lainnya.

Remote Wi-fi kamera ini juga kalis air dan boleh dikawal menggunakan smart-phone.

 Sumber : http://azlanvai.com/blog/cerita-pasal-gopro/