KualaLumpur - Malaysia mengekalkan kedudukan ke-73 bagi purata kelajuan sambungan internet global, serta prestasi negara dalam infrastruktur internet semakin meningkat, menurut Akamai Technologies Inc.
Menurutnya, Malaysia mula menembusi beberapa kawasan dalam menjadikan penambahbaikan itu seiring dengan aspirasi negara untuk menjadi hab perniagaan dan perniagaan teknologi serantau.
"Pertumbuhan dijangka mempercepatkan usaha itu susulan kerajaan mengulangi semula penekanan terhadap Ekonomi Digital yang dijangka menyumbang 20 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2020 baru-baru ini," menurut Akamai Technologies.
Akamai Technologies, syarikat yang menyediakan antara perkhidmatan rangkaian penyampaian kandungan terbesar di dunia menjelaskan perkata itu dalam Laporan Keadaan Internet bagi suku keempat 2015 yang dikeluarkan.
Berdasarkan pengumpulan data, laporan itu menyediakan pandangan mengenai statistik global utama seperti kepantasan sambungan, metrik pengunaan jalur lebar, gangguan Internet yang ketara, kepupusan IPv4 dan pelaksanaan IPv6
Menurutnya, Malaysia menunjukkan peningkatan iaitu empat peratus bagi alamat IP unik empat Megabit (Mbps), 1.4 peratus bagi alamat IP unik 10 Mbps dan 0.3 peratus bagi alamat IP unik untuk 15 Mbps sambungan kepada rangkaian Akamai.
Pada suku keempat 2015, Malaysia merupakan satu-satu negara di rantau Asia Pasifik yang mampu berada 10 teratas bagi penggunaan IPv6, dengan trafik alamat IP unik 8.8 peratus.
No comments:
Post a Comment