Tuesday, March 3, 2015

Hukum Selfie

Pensyarah kanan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim berkata hukum asal 'selfie' adalah harus tetapi ia berubah mengikut keadaan


Jelasnya, jika berniat sekadar bergambar biasa untuk berkongsi detik indah bersama rakan-rakan, ia adalah harus. 

Adab 'selfie':
  • jaga adab sopan dan hukum hakam agama.
  • tutup aurat
  • tidak bertujuan menunjuk-nunjuk/ bermegah-megah
    • Contoh: gambar makanan sedap dan mahal, perkara mewah.
    • mencetuskan RIAK dan timbulkan hasad dengki kepada orang lain.
"Ia tidak salah, sekiranya gambar yang dikongsi bersama 'friends' atau 'followers' itu adalah golongansama taraf dengan mereka. Tetapi jika di kalangan teman-teman, ada golongan yang susah atau fakir miskin maka lebih baik jangan dimuat naik."
Ada masa juga, budaya 'selfie' dalam beribadat tidak perlu kerana ia melibatkan urusan antara manusia bersama Allah SWT

Boleh jadi juga perkara sia-sia, andai setiap masa ingin ber'selfie'. 
Allah SWT berfirman (sifat) orang mukmin ialah menjauhi perkara sia-sia
makanya, kita sebagai manusia, berpada-padalah ber'selfie'. Jangan tanpa sedar pahala kita ditolak.

No comments:

Post a Comment