Tahap kehadiran bagi Sekolah Kebangsaan Paya Bunga (SK Paya Bunga)
Kuala Terengganu, Terengganu tidak pernah mencapai 100 peratus, malah
dengan 70 peratus murid hadir pun sudah dikira bagus. Antara faktor ketidakhadiran itu termasuk isu kemiskinan, kurang
minat belajar dan sistem pembelajaran tradisional kurang menarik.Pernah satu ketika sekolah ini hampir ditutup berikutan prestasi
pembelajaran kurang memberangsangkan di samping kehadiran pelajar tidak
menggalakkan.
Namun, selepas projek eBuku Intel diperkenalkan,
kehadiran murid di sekolah meningkat mendadak, dari hanya 70 ke 80
peratus kehadiran, ia berubah kepada hampir 100 peratus.Adakalanya guru pula pening kepala apabila murid mula meminta lebih kerja untuk dilakukan.
Pegawai Kementerian Pendidikan Terengganu, Tengku Mohd Yusoff
Tengku Mansor berkata, dari aspek demografi, kebanyakan murid anak
pekerja biasa di restoran, peniaga pasar malam dan sebagainya yang
keluar bekerja dari pagi hingga malam.
“
Selepas waktu persekolahan, murid biasanya melepak tanpa tujuan atau membantu ibu bapa berniaga. Mereka
tidak terus pulang ke rumah, malah ada yang menjadikan Kuala Terengganu
‘port’ melepak yang tidak memberikan gambaran sosial baik,” katanya.
Menurut
Yusoff, prestasi pembelajaran juga tidak seberapa dan ramai kurang
berminat meneruskan ulang kaji di luar waktu persekolahan.
“
Namun,
segalanya berubah selepas Intel memperkenalkan program eBuku pada 2011
dan murid menunjukkan perubahan mendadak terhadap minat untuk ke
sekolah,” katanya.
Yusoff berkata, perubahan sikap terbabit
didorong elemen teknologi yang ada dalam sistem pembelajaran moden
diperkenalkan Intel dalam eBuku terbabit.
“
Murid mula hadir ke sekolah dan paling mengejutkan mahu tinggal lebih masa meskipun waktu persekolahan sudah tamat. Biasanya
selepas jam 1 tengahari, masing-masing segera keluar dari sekolah,
tetapi kali ini mereka mula membuka laptop kecil yang dibekalkan
kemudian melakukan aktiviti pembelajaran dalam suasana harmoni dan
menyeronokkan,” katanya.
Beliau berkata, murid mula
bertukar-tukar ilmu menerusi aktiviti yang ditampilkan dalam bentuk
grafik serta multimedia bersesuaian dengan keperluan umur mereka.
“
Aktiviti
sekolah mula kelihatan menarik dan menyeronokkan, malah murid kini
lebih memahami subjek pembelajaran berbanding sebelum pelaksanaan
eBuku,” katanya.
Katanya, ibu bapa juga menyokong pelaksanaan
eBuku yang merubah sikap anak mereka terhadap aktiviti sekolah malah
mereka (ibu bapa) juga boleh hadir ke sesi komputer yang dianjurkan bagi
memahami teknologi secara dekat. Selepas waktu sekolah, guru
akan memberikan aktiviti seperti kerja rumah yang perlu diselesaikan
dalam laptop jadi murid akan melakukannya pada waktu petang dengan
bersama rakan mereka.Laptop ini juga boleh dibawa pulang ke
rumah, bagaimanapun ia hanya murid tahun 5 dan 6 manakala murid tahun 4
dibenarkan meminjamnya pada waktu persekolahan saja.
Program
eBuku adalah salah satu usaha kerajaan negeri memberikan akses teknologi
kepada 100,000 murid yang dibekalkan dengan PC Intel Classmate
dibangunkan sesuai untuk kegunaan tahan lasak dan murah.
Menurut
Pengurus Negara Intel Malaysia, Prakash Mallya, eBuku mengandungi
ekosistem teknologi yang kohesif termasuk papan putih elektronik,
projektor, notebook untuk guru dan sambungan Internet.
“
Setiap
kelas dilengkapi notebook berkuasakan Intel Core 2 bagi pembelajaran,
mengakses maklumat dan menguruskan aktiviti murid,” katanya.
Tambahnya, guru juga akan dilatih dalam Intel Teach yang memberikan pendekatan pembelajaran canggih bagi pendidikan moden.
“
Penerbit
yang turut serta dalam program ini termasuk Dewan Bahasa dan Pustaka
yang dibenarkan untuk memindah turun dan mengemaskini kandungan buku
teks dalam laptop murid,” kata Mallya.
Selain itu, laptop terbabit sudah dibekalkan dengan aplikasi seperti Quran digital dan skrip tulisan jawi. Selepas setahun dilaksanakan, pencapaian murid jelas menunjukkan perubahan ketara.
Pada
2012, sekolah terbabit mencatatkan 100 peratus kelulusan dalam
peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang tidak pernah
dibayangkan guru sebelum ini. Manakala kedatangan murid meningkat sehingga 94.4 peratus manakala kehadiran murid darjah enam meningkat 100 peratus.
Lebih
membanggakan, SK Paya Bunga yang berada di kedudukan 2,004 pada 2010
bagi ‘ranking’ sekolah di Malaysia melonjak ke kedudukan 620 untuk tahun
berikutnya.
Sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/ProgrameBukuIntelditerimapelajar/Article/index_html