Tuesday, April 4, 2017

KKMM Ingin Memastikan 95% Rakyat Malaysia Mempunyai Akses Internet Menjelang 2020


 

Akses internet pada hari ini seperti telah menjadi salah satu keperluan asas, malah lebih banyak info dan kandungan yang disampaikan melalui arena internet berbanding media cetak. Disamping itu, pengguna juga boleh mempelajari pelbagai perkara dan ilmu baru dengan akses tanpa sempadan yang ditawarkan oleh arena internet.

Terkini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengatakan mereka komited dalam merealisasikan hasrat untuk memastikan sekurang-kurangnya 95% dariapda rakyat Malaysia mempunyai akses internet menjelang tahun 2020 kelak.

Berkongsi statisik semasa, kini sekitar 94% rakyat Malaysia di Semenanjung sedia mempunyai akses kepada internet, tetapi di Sabah dan Sarawak ia masih rendah.

Beberapa program sedia diadakan oleh kerajaan untuk memperluaskan penawaran akses internet pada hari ini, termasuk mengalakkan penawaran pakej telekomunikasi khusus, program eUsahawan, Pusat Internet 1Malaysia dan beberapa yang lain. Mungkin kita akan melihat kempen lebih luas dilakukan dikawasan luar bandar dalam usaha merealisasikan hasrat kerajaan ini.

Tuesday, March 14, 2017

Portal Sebenarnya.my



Salleh Said Keruak


CYBERJAYA - Portal Sebenar.My dilancarkan hari ini bagi membolehkan orang ramai menyemak kesahihan berita yang menular di laman sosial.

Dirasmikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, portal yang dibangunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) itu merupakan antara usaha kerajaan untuk mengekang penyebaran berita palsu bagi memastikan masyarakat menerima berita yang benar-benar sahih.

Berucap pada majlis pelancaran portal itu, Salleh berkata maklumat yang berkaitan akan dikumpul, dianalisa, disahkan dan dimuat naik dalam portal itu untuk rujukan rakyat tanpa mengira latar belakang politik.

Katanya, MCMC sehingga kini telah mengenal pasti hampir 1,000 berita palsu yang mempunyai kepentingan awam menular di dalam negara.

"Berita palsu, bukan sahaja mengelirukan, malah boleh mengancam keselamatan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan negara.

"Perkara ini bukan hanya berlaku di Malaysia, tetapi berlaku di Amerika Syarikat, Indonesia dan negara-negara Eropah," katanya.

Menurut Salleh, rata-rata pengguna internet di Malaysia memperuntukkan kira-kira tiga jam dalam seharian melayari internet dan kajian itu turut mendapati bahawa antara aktiviti itu adalah mendapatkan maklumat, berita dan informasi.

Menegaskan bahawa portal berkenaan membawa mesej utama 'Tidak Pasti, Jangan Kongsi', Salleh berkata : "Jangan baca dan menerima sesuatu berita bulat-bulat tanpa ada kesahihan."

Beliau berkata menerusi portal itu, kerajaan mahu mendidik rakyat agar jangan bulat-bulat menerima tanpa melihat kesahihan sesuatu berita.

"Kita tidak mahu orang ramai berkongsi sesuatu berita dengan menggunakan alasan mendapat berita itu dari 'group sebelah' dan mohon pencerahan," katanya.

Salleh, dalam pada itu menegaskan bahawa usaha membendung penularan berita palsu adalah tanggungjawab bersama kerajaan dan rakyat.

Kerajaan, katanya, telah menggembeleng pelbagai program dan kempen seperti 'Klik dengan bijak', 'Semak sebelum Sebar' untuk memastikan penularan berita palsu dibendung secara efisien.

"Namun demikian, pihak kementerian dan MCMC turut melihat bahawa program kesedaran ini perlu disertakan dengan inisiatif bagi mengupayakan rakyat untuk menyemak dan melaporkan sebarang berita yang tidak ditentusahkan, yang mereka terima," katanya.

Salleh turut menjelaskan bahawa portal berkenaan bukan bertujuan untuk Pilihan Raya Umum-14 atau menyekat hak bersuara mana-mana pihak.

"Sebenar.My bukan sekadar berita politik tetapi semua jenis maklumat boleh disemak dan dikongsi untuk berita yang tidak ditentusahkan yang mereka terima menerusi media sosial, blog dan lain lain.

"Portal ini bukan kerana pilihan raya atau tidak sama sekali milik kerajaan semata-mata. Portal ini untuk rakyat. Pembangkang juga boleh menggunakan portal ini untuk mendapatkan kesahihan berita," katanya.

Salleh berkata pihaknya akan mempromosikan portal berkenaan ke seluruh negara supaya rakyat dapat mengakses teknologi ini. - Bernama

SEBENARNYA.MY

Logo 5G diperkenal

Image result for logo 5g

Badan disebalik piawaian rangkaian, iaitu 3GPP hari ini telah memperkenalkan logo rasmi untuk rangkaian selular generasi seterusnya, iaitu rangkaian 5G. Secara kasar, ia tidak begitu berbeza dengan pengenalan logo untuk LTE sebelum ini – dimana mereka melakukannya dalam selarikan rekaan aspek dengannya.

Menurut badan berkenaan, logo 5G ini akan digunakan pada pelbagai perkara pada fasa pertama untuk pengenalan 5G yang dijangka sekitar penghujung 2018.

Buat masa ini, kebanyakkan syarikat telekomunikasi di Malaysia tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan rangkaian 5G. Masih terdapat sejumlah lokasi yang tidak diliputi oleh rangkaian 4G, dan mungkin ia perlu diselesaikan sebelum pengenalan rangkaian 5G.

Sebelum ini, kita telah melihat pengenalan awal rangkaian 4G di Malaysia pada awal 2013 oleh Maxis, dan diikuti oleh pelbagai penyedia lain.








Thursday, December 1, 2016

Telefon Altitude untuk guru-guru seluruh Malaysia



Image result for yes altitude



Guru-guru di seluruh Kuala Lumpur telah dibekalkan peranti Attitude oleh pihak YTL bagi projek VLE Frog Fasa 2. Negeri-negeri lain akan menyusul secara berperingkat.

Objektif pemberian ini adalah untuk memperkasa Pendidikan Malaysia

1. Setiap guru akan menerima phone yang telah didaftarkan akaun Yes.

Telefon diberi bersama 2Gb data setiap bulan untuk tujuan pdp dan VLE. Guru hanya perlu menyambung phone laptop untuk membina site dan hantar tugasan kepada murid VLE di mana sahaja.

Data tambahan juga diberikan sebanyak 2GB sebulan. Data ini boleh diakses secara berasingan. Guru hanya perlu menggunakan dongle atau peranti YES yang lain untuk menggunakannya. Hanya masukkan id dan passwordYES.

2. Panggilan dan SMS percuma ke semua nombor YES tanpa had.

3. Phone adalah menjadi tanggungjawab guru dan hak milik YTL.

4. Phone perlu diserahkan kepada sekolah apabila tamat perkhidmatan atau bersara.

5. Dalam phone tersebut, guru-guru diminta muat turun aplikasi khas untuk penggunaan Frog VLE iaitu Frog Assignment, Frog Snap, Frog chat. Aplikasi membantu guru mengakses VLE dengan mudah dan pantas.

6. Di masa akan datang, wifi akan di disabled dari zoom. Hanya peranti yang telah didaftarkan sahaja boleh mengakses interner menggunakan Zoom.

7. Guru perlu bersedia dan segera berubah ke arah aplikasi ICT dgn inisiatif kementerian ini.

Semuanya utk meningkatkan kualiti pendidikan.