Tuesday, May 27, 2014

SuperSquad The Movie : Animasi 3D pertama negara yang mengunakan teknik ''Hybrid Motion-Capture"

Animasi SuperSquad The Movie yang dihasilkan oleh Netcarbon Sdn Bhd ini akan menjadi animasi 3D pertama negara yang dihasilkan mengunakan teknik ''Hybrid Motion-Capture" yang telah digunakan dalam filem Avatar dan juga Adventures of Tin-Tin. Ia dijangka akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula daripada Disember 2013 kelak. dan disusuli dengan tayangan antarabangsa melebihi 20 buah negara.

Supersquad The Movie adalah berdasarkan siri animasi supertots yang memenangi anugerah animasi 3D terbaik di Anugerah NEF-AWANI pada tahun lepas.

" Filem supersquad mengisahkan 3 orang adiwira, Kapten Danny, Elly dan Alan yang terpaksa merentasi masa ke zaman kini untuk menyelamatkan bumi dan ayah mereka Aaron, Apabila bumi diserang oleh makluk asing. Pengembaraan mereka menjadi kelam kabut apabila kapal mereka terhempas dan supersquad terpaksa berteduh disebuah kampung serta menyamar menjadi kumpulan rock kapak agar tidak dikejar oleh orang kampung. Untuk melengkapkan Supersquad, watak sasha dan Bling mengkalutkan lagi pengembaraan mereka.

Pelakon-pelakon terkenal seperti Dafi, Diana Danielle, Radhi Khalid, Na’a Murad, Elza Irdawaty, Megat Shahrizal, Maya Arisa Tan dan Marina Aris Tan akan menerajui watak utama Supersquad The Movie.

Monday, May 26, 2014

Perkataan “Selfie”, “Hashtag” Dan “Tweet” Akan Ditambah Pada Kamus Dewan


Kamus Dewan merupakan salah satu rujukan utama untuk pelbagai perkataan berbahasa Malaysia yang digunakan pengguna. Terkini, ia dilihat DBP bakal menambah tiga perkataan popular di era Internet ini ke dalam Kamus Dewan, iaitu “Selfie”, “Hashtag”, dan juga “Tweet”.

Ia dikatakan kemasukkan perkataan ini akan berdasarkan kepada ilmu leksikografi ataupun perkamusan memasukkan kosa kata yang digunakan secara meluas oleh para pengguna. Perkataan ini bakal menggunakan tanda “bp“, yang mana merupakan label kepada “bahasa percakapan” yang belum diterima sebagai “bahasa standard”.

Untuk makluman, “selfie” sebelum ini telah menjadi salah satu perkataan popular pada tahun 2013, yang mana merujuk kepada rakaman gambar diri-sendiri untuk dimuat-naik ke laman sosial. Sementara “Hashtag” pula memfokuskan kepada penggunaan simbol #, dan popular di laman sosial untuk memudahkan pencarian sesuatu topik dengan mudah.

“Tweet” pula seperti semua sedia maklum, merujuk kepada penghantaran teks pada laman sosial Twitter.

Sumber : BERNAMA

Phone Cloning

Friday, May 23, 2014

Bakal Disaman Pejalan Kaki Yang Menggunakan Peranti?


Kes kemalangan melibatkan pejalan kaki yang menggunakan peranti belum pernah kami dengar di Malaysia.
Tetapi, kemalangan sehingga melibatkan kematian akibat menggunakan peranti ketika memandu sudah kerap kali dilaporkan.

Justeru, satu undang-undang baru di Taiwan mungkin akan digubal bagi membenarkan pihak berkuasa menyaman pejalan kaki yang melintas jalan sambil menggunakan telefon pintar mereka.

Undang-undang yang pastinya akan mendatangkan kontroversi ini terpaksa digubal bagi menyedarkan orang ramai tentang bahaya melintas jalan sambil menggunakan peranti.

Kes kemalangan akibat amalan ini semakin meningkat di Taiwan. Terbaru, seorang pejalan kaki maut digilis teksi kerana terlalu khusyuk menggunakan peranti milik beliau.Pihak berkuasa kini sedang memperhalusi undang-undang ini bagi menetapkan syarat-syarat yang membolehkan pejalan kaki boleh disaman.

Namun, agak melucukan kerana nilai saman yang disarankan adalah NT 300 iaitu sekitar RM 34. Nilai denda yang dikenakan ini nyata terlalu rendah.

Di Malaysia, masalah pejalan kaki menggunakan peranti ketika melintas masih belum mencapai masalah kronik.

Adakah undang-undang serupa boleh digunapakai di negara ini sebelum kejadian maut menimpa?
Bak kata orang tua, lebih baik mengadah sebelum terhantuk.

Sumber : http://mynewshub.my/main/2014/05/14/taiwan-bakal-menyaman-pejalan-kaki-yang-menggunakan-peranti/

Wednesday, May 21, 2014

Tango Super PC : Komputer Bersaiz Telefon Pintar



 Sebuah syarikat berpangkalan di San Diego, California, Tiny Tango, telah berjaya mengeluarkan sebuah komputer PC bersaiz telefon pintar, namun tetap berkuasa seperti komputer bersaiz penuh. Tango terdiri daripada dua bahagian atau komponen iaitu PC dan stesen dok.

Bahagian pertama ialah PC tersebut yang bersaiz telefon pintar. Ia menempatkan CPU+GPU, papan induk, bateri, RAM dan SSD. Bahagian kedua ialah stesen dok yang menempatkan sumber kuasa, unit penyejuk dan port-port seperti USB, HDMI dan lain-lain.

 Cara penggunaannya ialah, pengguna boleh membeli seberapa banyak stesen dok yang diperlukan. Mungkin 1 untuk penggunaan peribadi, satu diletakkan berhampiran TV di ruang tamu dan satu lagi diletakkan di pejabat. Untuk menggunakannya, bahagian PC disambungkan kepada bahagian dok yang disambungkan kepada monitor/TV, keyboard dan mouse. Apabila disambungkan pengguna boleh menggunakan PC itu seperti biasa dan apabila pengguna perlu bergerak ke tempat lain, dia hanya perlu mencabut bahagian PC, tanpa mematikannya, dan dibawa ke tempat yang ingin dituju, contohnya ke pejabat.

Apabila dia sampai ke pejabat dia hanya perlu menyambungkan bahagian PC tersebut ke stesen dok di pejabat dan serta merta dia boleh menggunakan PC tersebut sebagaimana dia tinggalkan semasa di rumah tadi


Sumber : http://techkini.com/komputer/tango-super-pc/